Showing posts with label agent premium beautiful utara. Show all posts
Showing posts with label agent premium beautiful utara. Show all posts

Monday, 2 October 2017

HELLO OKTOBER


Alhamdulillah... Kita bersua kembali dalam alam maya. Selamat malam semua. Dah tido ke tu? Ke baru nak dinner? Hehehe...

Pejam celik-pejam celik kejap je dah masuk bulan oktober. Rasa cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita. Bersediakah kita untuk menghadapi tahun 2018 yang semestinya lebih mencabar dari tahun 2017?

Kan... Rasa macam tak percaya sekarang ni dah masuk bulan 10. Tapi itulah hakikat yang kita perlu hadapi. 

Apa-apa pun, Wani doakan korang semua, followers dan readers kesayangan Wani sentiasa maju jaya dalam hidup korang dan sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak oleh Allah S.W.T.

Korang doakan Wani ye menjadi seoran yang berguna dan sentiasa membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Dan doakan Wani mendapat sales 50K untuk business yang Wani jalankan ye.

Ameen

Ootd 1 oktober 2017. Apa la yang di cari dalam beg tu?
Maybe kunci kereta. Hehehe

Friday, 8 September 2017

TDC UTARA MONTHLY TRAINING AUGUST 2017

Assalamualaikum... Selamat Malam semua... Uolss dah dinner ke? Dah lewat ni kan, mesti dah dinner la tu. Sambil-sambil layan cerita di tv tu, meh la baca entry Wani malam ni.

Entry Wani kali ni berkaitan dengan TDC Utara Monthly Training Class yang di buat di Stokis Sahajidah Hai-O Sungai Petani. Sebelum Wani mulakan cerita tentang kelas, Wani nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) kerana membuka peluang untuk Wani dan seluruh rakyat yang bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara sekali untuk berbisnes. Kita pun dah tahu SHOM bukan lagi asing dalam industri MLM di Malaysia. Company yang sudah 25 tahun bertapak dan sangat kukuh dan stabil. Tersenarai di dalam Main Board BSKL tau. SHOM menyediakan platform dan strategi marketing yang mudah untuk kita follow. Selain itu, produk juga senang untuk dijual kerana semua produk bergantung pada kehidupan seharian kita juga. 



Berbalik pada kelas yang diadakan. Baca tajuk di artwork yang dibuat oleh Wani sendiri pun dah excited tau. Premium Beautiful Training (PB Info dan FAQ). Dua tajuk yang berbeza-beza tapi untuk satu produk.


Nervous tapi CDM Yong kata
ada improvement dari sebelum ni.
Kembang habis semua... hehehe 
Wani memang wajib dan tak pernah miss untuk hadir kelas di Utara ni melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Wani juga merupakan Emcee pada hari tersebut. Fuh... Nervousnya hanya Allah ja yang tahu. Tapi Wani berusaha untuk menjadi emcee yang terbaik pada hari tersebut. Hihihi...



Alhamdulillah... Kelas penuh pada hari tu. Memang best sangat. Speaker pertama pada hari itu berumur 44 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau juga dikenali sebaai Ratu Maharani kerana beliau memang pakar dalam bidang herba maharani tu. Beliau merupakan DSM Kak Siti Norizam. Pada hari itu, Kak Siti akan berkonsi tentang TDC Premium Beautiful Guide dan FAQ.


Dan selepas dari perkongsian kak Siti, Wani juga di minta menyediakan soalan kuiz Frequently Ask Question tentang PB. Sesiapa yang dapat jawab soalan akan diberikan hadiah oleh CDM Ain Zulkarnaind from Gold Coast, Australia. Tapi Wani tak boleh jawab soalan... So, wani tak dapat la hadiah tu. Tetapi, yang memeranjatkan Wani adalah, 2 orang daripada 4 tu merupakan direct partner Wani. Bangga Wani dapat anak buah seperti mereka.

Anak didik Wani, Bakal SSM Nooratikah.
Mother of 1 dan tengah mengandung anak
kedua 5 bulan.

Anak didik Wani kedua, Bakal SM
Kak Noor Fadziliana, mother of 4.
Yang sikecil tu baru 4 bulan je.

Ni pula merupakan geng diet TDC, dan juga
bakal SSM. Along Farah Eliana.

Dan yang terakhir, Bakal SM Typah

Ok... Now kita masuk pula kepada Speaker kedua kita, CDM Nurul Ain Zulkarnaind. Orang Kedah tau ni... Ibu kepada seorang puteri yang berumur setahun lebih. Beliau merupakan orang yang bawa Wani sertai bisnes ni dan beliau serta our TDC Founder, CDM Shaliza Aziz yang genggam tangan Wani dari dulu sampai sekarang! Tajuk yang akan disampaikan oleh CDM Ain atau lebih dikenali sebagai Yong ialah FAQ Business Premium Beautiful.


CDM kita... Nurul Ain Zulkarnaind.

EMCEE, SPEAKER 2, & SPEAKER 1


My team that day. From left to right. Ika, Syaza, Yong, Me, Kak Liana and Shakeylah

Our TDC member yang lain. Ade dari Alor Setar, Kulim, Penang.

Yeahhh!... TQ uolss yang hadir. 
Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
011-27414732 (Call)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara
Premium Beautiful Expert Utara
Premium Beautiful Expert Malaysia

Wednesday, 11 May 2016

KISAH SAYA DAN PREMIUM BEAUTIFUL

10:30am 》11:00pm

12 Jam 30 Minit wani pakai premium beautiful untuk hari ni. 1 jam je boleh bakar 900 kalori. Kalau 12 jam bersamaan dengan 10,800 kalori terbakar tadi tau!

Fuhh, banyakkan. Bila sehari tak pakai PB rasa tak berapa nak selesa. Bila pakai baru rasa comfort tu.

Masa basuh PB tadi setelah lebih 12 jam pakai, tengok air rendaman PB tadi, amboi hitam nau!. Berkeladak bagai. Ha... uolss jangan ingat PB ni turun warna pulak ye. Yang sebenarnya itu adalah toksin badan sebenarnya!

Bila pakai Pb ni badan makin cergas sebab hari2 kita buang toksin badan. Masa puasa wajib pakai juga nanti.

Walaupun dah bertahun pakai PB, FIR masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Berbaloi pakai PB ni. Investment for our body once in a lifetime.

Nak try? FREE fitting khas untuk anda. Contact Wani as your Premium Beautiful Expert +60147424304 (wani) hari ini.




Pssstt... Wani nak kasi tahu uolss ni! Rebate up to rm1500 masih berlangsung ye dan promo PB untuk Raya dah berlangsung. Jom kekal cantik, slim, sihat dan bergaya dengan Premium Beautiful.


Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara
Premium Beautiful Expert Utara

Wednesday, 4 May 2016

FREE TRIAL PB OR WANNA BE MY PROTEGE?

Selamat Malam sahabat blogger!

Esok Pagi, wani akan berada di area Hospital Besar Pulau Pinang dan area berdekatan dengannya.

Anyone yang nak tanya about Premium Beautiful atau yang nak buat duit raya, boleh la pm wani terus di 0147424304 ye. Maklumla, puasa pun dah nak dekat ni.

Boleh kita jumpa terus dimana-mana dan wani boleh explain dengan uols about PB corset dan juga explain tentang projek duit raya bersama team thediamondcircle. 

Yang mana nak kekal langsing tu masih sempat tau dan ade rebate up to rm500 menanti anda.. Nak trial dan fitting PB free je uolss! Tak perlu bayar ape-ape pun.


Dan yang masih tercari2 side income, jom jumpa wani, wani explain dengan lebih detail cara kami berbisnes. Let's be my protege and I'll guide you from A to Z.

Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara
Premium Beautiful Expert Utara

Monday, 21 March 2016

NAK LANGSING TAPI TAK SEMPAT BERSENAM?


NAK LANGSING TAPI TAK BERKESAN
SIBUK KERJA, TAK SEMPAT BERSENAM..

Jika ada masalah begini, pilihan terbaik untuk anda adalah dengan memiliki SET KURUS BAJET!!

Mudah, selamat & berkesan.

Pssst... 

Adakah uols tersenarai seperti dibawah :⤵⤵⤵⤵

✔ kenaikan BERAT BADAN  mula terjadi.
✔ Mereka yang mula merasakan baju2 semakin sendat
✔ Mereka yang SUKAR dan LIAT  sangat nak KURUS – kerana tak sempat bersenam
✔ Bagi yang dalam proses nak kurus tapi sangat LIAT
✔ Ibu-ibu yang LEPAS BERSALIN..
✔ Ingin mengamalkan cara hidup bersenam tetapi sentiasa sibuk.
✔ Ingin kekal sihat. 
✔ Sesiapa yang Ingin Mendapatkan BMI yang Ideal.
✔ Sesiapa yang Mementingkan Kulit dan Penampilan Cantik & Bergaya.
✔ Bagi Bakal-bakal Pengantin.
✔ Bermasalah TOKSIN

⤵⤵⤵⤵
Untuk RESPON PANTAS -

SILA  WHATSAPP ::

CODE ---> NAK SKB

SEND KE    014-7424304
SEND KE    014-7424304
SEND KE    014-7424304

Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara

Saturday, 16 May 2015

5 REAL PB TRANSFORMATION 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayang wani.

Pagi ni wani nak cerita serba sedikit tentang real transformation dengan hanya memakai Premium Beautiful Corset dan juga mengamalkan Set Kurus yang menjadi sebutan di setiap pelusuk sama ada dari dalam negeri dan juga luar negara. 

Selain itu, kami juga membuat group whatsapp untuk Geng Diet Glam, Top PB Wonders dan lain-lain lagi. Kerana dengan adanya group ini, ia akan meningkatkan semangat yang tinggi di kalangan geng diet. Dan group ini juga seolah-olah memotivatekan seseorang itu supaya berdisiplin. Dapat berkongsi resepi, idea untuk senaman dan macam-macam lagi... Bak kata orang, memang happening gila kalau masuk group tu. 

Untuk diet yang kami buat ni ade 6 tips yang perlu ikut dan insha allah, kalau follow 6 tips ni, proses penurunan berat badan akan berjalan dengan lancar. Smooth je... Hehehe... Nak tahu ape 6 tips tu, uols boleh pm wani di 0147424304. Wani akan terangkan kepada uolss. 

Ok... Now masa yang dinantikan telah tiba.... Jom kita semua lihat REAL PB TRANSFORMATION di bawah... Mesti uolss semua teruja nak tengok!!!

1. My own transformation



 2. Nadheera

3. Kak Ain (Founder of Geng Diet)


4. Yana
5. Yong aka Ain zulkarnaind


Teruja kan uolss lepas tengok testimony-testimony ni!! Mesti uolss pun tak sabar-sabar nak kurus macam die orang berlima ni. Masih sempat lagi untuk kurus sebelum raya. Nanti dah kurus, slim melim, boleh la melarams cantik-cantik dan vouge the vass...

Uolss jangan tunggu lama-lama tau nak pm wani. Jangan ketinggalan. Nanti orang lain dah kurus, dah cantik, uolss macam tu jugak! Takde perubahan. PM wani cepat-cepat tau!!

Sekian...
Assalamualaikum...

Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara

Friday, 15 May 2015

TEASER - PHOTOSHOOT TDC

Assalamualaikum dan selamat tengahari sayang-sayang wani..

Tengah buat ape tu awak-awak semua? Tengah kerje ke? Atau tengah lunch? Maklum la hari jumaat kan selalunya lunch awal dan lama. Wani belum lunch lagi. Kejap lagi wani nak ke rumah mertua. Mak mertua wani jemput makan dirumah dia. Hehehe... Jangan la jelez uolss.. Memang kadang-kadang bila hari jumaat my MIL selalu jemput kerumah dia untuk makan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, sebenarnya hari tu business group we oulss ada buat photoshoot. So kami diberi tema corporate atau juga dikenali sebagai hitam, kuning dan grey. Dah macam pekerja maybank pulak atau pun pemain bola sepak harimau malaya. Hahaha...

So, teaser dia adalah seperti berikut :

Wani pilih Jubah Abaya Kembang je coz tak sempat nak cari sekirt mekert semua... Hahaha busy sungguh iolls ni.. Jubah ni wani beli dari adik ipar wani yang bekerja sebagai stewardess di Saudi Airlines. Hampir kesemua jubah dalam almari wani semuanya wani beli dari dia...

Ok... Masuk bab tudung pulak.. Actually bukan tudung tapi shawl dan wani memilih warna kuning sebab nak dipadankan dengan niqab yaman yang semestinya warna hitam... Shawl wani murah je. 20 hinggit je. Wani beli kat giant bayan baru tu.. Memang shawl kosong je tapi agak lebar dan panjang. Sesuai la dengan imej wani sebagai wanita yang memakai tudung labuh.

Then, last minute (sehari sebelum photoshoot) wani ajak husband wani ke queensbay untuk cari blazer. Alhamdulillah setelah jelajah hampir 10 shoplot, akhirnya wani jumpa satu blazer di Padini berwarna grey. Dan size pun ok dengan wani so, tunggu apa lagi, iolss rembat terus satu.

Untuk kasut pulak haruslah heels.. Baru nampak tinggi sikit. Hehehe... Heels wani tak perlu beli coz sememangnya wani banyak heels. Heels yang jarang pakai juz beli untuk suka-suka je. Tapi bukan tak pakai terus ye... Pakai untuk hari-hari tertentu je.

Jom layan gambar persediaan photoshoot dibawah :D

Inilah ootd wani pada hari photosoot nanti
Ni la heels wani. Tak la tinggi sangat cuma 4 ke 5 inch je... hehe





Heels yang lain-lain tu wani google je... Saja je nak jamu mata uolss semua. Cantikkan!!

Ok... Setakat ini sahaja teaser wani untuk photoshoot. Sampai jumpa lagi..

Salam sayang semua...

Thursday, 7 May 2015

HELLO MAY

Hi... Assalamualaikum dan selamat petang semua rakan blogger. Petang-petang gini tengah buat apa tu? Tak sangkakan kita dah masuk bulan May. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan may. Mudah mudahan bulan may ni membawa sinar bahagia dalam kehidupan wani sekeluarga... Ameen...