Friday 8 September 2017

TDC UTARA MONTHLY TRAINING AUGUST 2017

Assalamualaikum... Selamat Malam semua... Uolss dah dinner ke? Dah lewat ni kan, mesti dah dinner la tu. Sambil-sambil layan cerita di tv tu, meh la baca entry Wani malam ni.

Entry Wani kali ni berkaitan dengan TDC Utara Monthly Training Class yang di buat di Stokis Sahajidah Hai-O Sungai Petani. Sebelum Wani mulakan cerita tentang kelas, Wani nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) kerana membuka peluang untuk Wani dan seluruh rakyat yang bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara sekali untuk berbisnes. Kita pun dah tahu SHOM bukan lagi asing dalam industri MLM di Malaysia. Company yang sudah 25 tahun bertapak dan sangat kukuh dan stabil. Tersenarai di dalam Main Board BSKL tau. SHOM menyediakan platform dan strategi marketing yang mudah untuk kita follow. Selain itu, produk juga senang untuk dijual kerana semua produk bergantung pada kehidupan seharian kita juga. 



Berbalik pada kelas yang diadakan. Baca tajuk di artwork yang dibuat oleh Wani sendiri pun dah excited tau. Premium Beautiful Training (PB Info dan FAQ). Dua tajuk yang berbeza-beza tapi untuk satu produk.


Nervous tapi CDM Yong kata
ada improvement dari sebelum ni.
Kembang habis semua... hehehe 
Wani memang wajib dan tak pernah miss untuk hadir kelas di Utara ni melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Wani juga merupakan Emcee pada hari tersebut. Fuh... Nervousnya hanya Allah ja yang tahu. Tapi Wani berusaha untuk menjadi emcee yang terbaik pada hari tersebut. Hihihi...



Alhamdulillah... Kelas penuh pada hari tu. Memang best sangat. Speaker pertama pada hari itu berumur 44 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau juga dikenali sebaai Ratu Maharani kerana beliau memang pakar dalam bidang herba maharani tu. Beliau merupakan DSM Kak Siti Norizam. Pada hari itu, Kak Siti akan berkonsi tentang TDC Premium Beautiful Guide dan FAQ.


Dan selepas dari perkongsian kak Siti, Wani juga di minta menyediakan soalan kuiz Frequently Ask Question tentang PB. Sesiapa yang dapat jawab soalan akan diberikan hadiah oleh CDM Ain Zulkarnaind from Gold Coast, Australia. Tapi Wani tak boleh jawab soalan... So, wani tak dapat la hadiah tu. Tetapi, yang memeranjatkan Wani adalah, 2 orang daripada 4 tu merupakan direct partner Wani. Bangga Wani dapat anak buah seperti mereka.

Anak didik Wani, Bakal SSM Nooratikah.
Mother of 1 dan tengah mengandung anak
kedua 5 bulan.

Anak didik Wani kedua, Bakal SM
Kak Noor Fadziliana, mother of 4.
Yang sikecil tu baru 4 bulan je.

Ni pula merupakan geng diet TDC, dan juga
bakal SSM. Along Farah Eliana.

Dan yang terakhir, Bakal SM Typah

Ok... Now kita masuk pula kepada Speaker kedua kita, CDM Nurul Ain Zulkarnaind. Orang Kedah tau ni... Ibu kepada seorang puteri yang berumur setahun lebih. Beliau merupakan orang yang bawa Wani sertai bisnes ni dan beliau serta our TDC Founder, CDM Shaliza Aziz yang genggam tangan Wani dari dulu sampai sekarang! Tajuk yang akan disampaikan oleh CDM Ain atau lebih dikenali sebagai Yong ialah FAQ Business Premium Beautiful.


CDM kita... Nurul Ain Zulkarnaind.

EMCEE, SPEAKER 2, & SPEAKER 1


My team that day. From left to right. Ika, Syaza, Yong, Me, Kak Liana and Shakeylah

Our TDC member yang lain. Ade dari Alor Setar, Kulim, Penang.

Yeahhh!... TQ uolss yang hadir. 
Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
011-27414732 (Call)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara
Premium Beautiful Expert Utara
Premium Beautiful Expert Malaysia

2 comments: