Saturday 16 May 2015

5 REAL PB TRANSFORMATION 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayang wani.

Pagi ni wani nak cerita serba sedikit tentang real transformation dengan hanya memakai Premium Beautiful Corset dan juga mengamalkan Set Kurus yang menjadi sebutan di setiap pelusuk sama ada dari dalam negeri dan juga luar negara. 

Selain itu, kami juga membuat group whatsapp untuk Geng Diet Glam, Top PB Wonders dan lain-lain lagi. Kerana dengan adanya group ini, ia akan meningkatkan semangat yang tinggi di kalangan geng diet. Dan group ini juga seolah-olah memotivatekan seseorang itu supaya berdisiplin. Dapat berkongsi resepi, idea untuk senaman dan macam-macam lagi... Bak kata orang, memang happening gila kalau masuk group tu. 

Untuk diet yang kami buat ni ade 6 tips yang perlu ikut dan insha allah, kalau follow 6 tips ni, proses penurunan berat badan akan berjalan dengan lancar. Smooth je... Hehehe... Nak tahu ape 6 tips tu, uols boleh pm wani di 0147424304. Wani akan terangkan kepada uolss. 

Ok... Now masa yang dinantikan telah tiba.... Jom kita semua lihat REAL PB TRANSFORMATION di bawah... Mesti uolss semua teruja nak tengok!!!

1. My own transformation



 2. Nadheera

3. Kak Ain (Founder of Geng Diet)


4. Yana
5. Yong aka Ain zulkarnaind


Teruja kan uolss lepas tengok testimony-testimony ni!! Mesti uolss pun tak sabar-sabar nak kurus macam die orang berlima ni. Masih sempat lagi untuk kurus sebelum raya. Nanti dah kurus, slim melim, boleh la melarams cantik-cantik dan vouge the vass...

Uolss jangan tunggu lama-lama tau nak pm wani. Jangan ketinggalan. Nanti orang lain dah kurus, dah cantik, uolss macam tu jugak! Takde perubahan. PM wani cepat-cepat tau!!

Sekian...
Assalamualaikum...

Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara

Friday 15 May 2015

TEASER - PHOTOSHOOT TDC

Assalamualaikum dan selamat tengahari sayang-sayang wani..

Tengah buat ape tu awak-awak semua? Tengah kerje ke? Atau tengah lunch? Maklum la hari jumaat kan selalunya lunch awal dan lama. Wani belum lunch lagi. Kejap lagi wani nak ke rumah mertua. Mak mertua wani jemput makan dirumah dia. Hehehe... Jangan la jelez uolss.. Memang kadang-kadang bila hari jumaat my MIL selalu jemput kerumah dia untuk makan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, sebenarnya hari tu business group we oulss ada buat photoshoot. So kami diberi tema corporate atau juga dikenali sebagai hitam, kuning dan grey. Dah macam pekerja maybank pulak atau pun pemain bola sepak harimau malaya. Hahaha...

So, teaser dia adalah seperti berikut :

Wani pilih Jubah Abaya Kembang je coz tak sempat nak cari sekirt mekert semua... Hahaha busy sungguh iolls ni.. Jubah ni wani beli dari adik ipar wani yang bekerja sebagai stewardess di Saudi Airlines. Hampir kesemua jubah dalam almari wani semuanya wani beli dari dia...

Ok... Masuk bab tudung pulak.. Actually bukan tudung tapi shawl dan wani memilih warna kuning sebab nak dipadankan dengan niqab yaman yang semestinya warna hitam... Shawl wani murah je. 20 hinggit je. Wani beli kat giant bayan baru tu.. Memang shawl kosong je tapi agak lebar dan panjang. Sesuai la dengan imej wani sebagai wanita yang memakai tudung labuh.

Then, last minute (sehari sebelum photoshoot) wani ajak husband wani ke queensbay untuk cari blazer. Alhamdulillah setelah jelajah hampir 10 shoplot, akhirnya wani jumpa satu blazer di Padini berwarna grey. Dan size pun ok dengan wani so, tunggu apa lagi, iolss rembat terus satu.

Untuk kasut pulak haruslah heels.. Baru nampak tinggi sikit. Hehehe... Heels wani tak perlu beli coz sememangnya wani banyak heels. Heels yang jarang pakai juz beli untuk suka-suka je. Tapi bukan tak pakai terus ye... Pakai untuk hari-hari tertentu je.

Jom layan gambar persediaan photoshoot dibawah :D

Inilah ootd wani pada hari photosoot nanti
Ni la heels wani. Tak la tinggi sangat cuma 4 ke 5 inch je... hehe





Heels yang lain-lain tu wani google je... Saja je nak jamu mata uolss semua. Cantikkan!!

Ok... Setakat ini sahaja teaser wani untuk photoshoot. Sampai jumpa lagi..

Salam sayang semua...

BIRTHDAY MONTH PROMOTION


Assalamualaikum dan selamat pagi semua readers.

It's my birthday month. Ya... Bulan may adalah bulan kelahiran wani. Wani akan buat promosi besar besaran untuk barangan haio. Ya... semua barangan under haio marketing ye.

Promosi akan tamat pada hari birthday wani jam 12 malam. Lagipun, esok wani akan restock order customer, anyone yang nak selit order, masih sempat ye. Boleh pm wani di 0147424304.

So, cepat-cepat pm wani untuk grab your item ya.. Jangan lepaskan peluang kerana tak ramai yang buat promosi pada bulan kelahiran dia orang...  

Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara

Thursday 14 May 2015

HATI PEREMPUAN REVIEW

Assalamualaikum dan selamat malam readers... Malam ni kita berceritakan Hati Perempuan drama melayu yang tengah hot tu ye...


Hari ni merupakan episode terakhir bagi drama slot akasia Hati Perempuan. Jalan cerita nya bagus sekali dan tidaklah membosankan sepertimana diperkatakan oleh sesetengah pihak. Bagi Wani, tak semestinya jalan cerita sesebuah drama itu kena sebijik-sebijik macam drama-drama yang lain. Mestilah nak ada something different kan... Barula orang yang tengok pun tak jemu untuk menontonnya.

Okeh... Jom kita tengok barisan pelakon Hati Perempuan :

Barisan Pelakon :

Syarul Ridzwan sbg Tengku Zaril
Mia Ahmad sbg Yuhanis
Hafreez Adam sbg Daniel Idrus
Hafeez Mikail sbg Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa sbg Tengku Zaqif
Zuhairi Ibrahim sbg Tengku Hazimi
Noniswara sbg Tengku Durahtul
Bella Nazari sbg Tengku Amilin
Mustaqem Bahadhon sbg Syed Ammar 
Azlan Azman sbg Nazim 
Beego sbg Umar 
Niena Baharun sbg Maisara 
Azhar Sulaiman sbg Tuan Izuddin 
Lia Asmizza sbg Edrina 
Hazwan Halim sbg Jefry 
Kuna Muzani sbg Safiah 
Ryiena Ismail sbg Umairah 
Khatijah Tan sbg Puan Sri Khadijah 
Aidil Aziz sbg Nizam 
Hanafi Rahman sbg Yazid
















LAGU TEMA / OST HATI PEREMPUAN
Lagu : Sampai Mati
Penyanyi : Hazama
Link : https://youtu.be/ZV4N6ktWwP0
Lagu : Takkan Pudar
Penyanyi : Ernie Zakri
Link : https://youtu.be/ynztvMJUlVI
Lagu : Bunga Dhia
Penyanyi : Aiman Sidek
Link : https://youtu.be/JAKCyIHSCV4
Lagu : Sakitnya Tuh Disini
Penyanyi : Tustel
Link : https://youtu.be/SsTgylDmfhI


NAMA MIA AHMAD SEMAKIN POPULAR

Assalamualaikum dan selamat malam readers tersayang...




Yuhanis atau nama sebenar beliau Shamiha Binti Ahmad Baderi semakin melonjak naik menerusi drama Slot Akasia Hati Perempuan. Beliau merupakan bekas pramugari Air Asia dan sekarang berjinak dengan dunia lakonan. Apa-apa pun, Mia Ahmad ni makin cantik jelita setelah bertudung. Kite doakan biarlah Mia Ahmad sentiasa menutup aurat dan jangan lupa diri.

Berbalik kepada cerita Yuhanis, beliau sangat comel dalam drama tersebut... Memang kenalah dengan watak yang dibawanya. Comel je.. Kadang-kadang terserlah kenakalan dia dalam drama tersebut. 

Biodata Penuh Mia Ahmad Pelakon Hati Perempuan :

Nama Penuh : Shamiha Binti Ahmad Baderi

Nama Panggilan : Mia Ahmad

Tarikh Lahir : 22.2.1988 (27 Tahun)

Asal : Taiping, Perak

Twitter : https://twitter.com/miaahmad

Instagram : https://instagram.com/mia.ahmad

Facebook : https://www.facebook.com/miaahmadofficial

Kerjaya : Freelance Model, Model Iklan dan Pelakon.

Drama & Telefilem : Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan 2015.

Setakat ini saja Biodata Penuh Mia Ahmad.

SYARUL RIDZWAN KIAN MENJADI SEBUTAN RAMAI

Assalamualaikum dan selamat malam readers...


Tengku Zaril atau nama sebenar beliau adalah Syarul Ridzwan kian menjadi sebutan ramai di kalangan peminat peminat drama Slot Akasia. Dengan perwatakan yang ego, bongkak, tegas tetapi pada masa yang sama beliau seorang yang caring, mencuit hati dan beliau dapat mencuri setiap mata yang memandangnya.

Dalam drama ini menunjukkan beliau seorang yang ego tinggi tetapi dalam dunia realitinya, beliau adalah seorang pencinta kucing dan juga memelihara kucing adalah merupakan salah satu hobi beliau.

Biodata Penuh Syarul Ridzwan Pelakon Drama Hati Perempuan TV3:

Nama Penuh : Mohd Saharul Ridzwan Hashim

Nama Popular : Syarul Ridzwan

Tarikh Lahir : 26 January 1989 (26 Tahun)

Agama : Islam

Asal : Kuantan, Pahang

Kerjaya : Model, Pelakon dan Pengacara

Hobi : Pelihara Kucing



Facebook : https://www.facebook.com/pages/Syarul-Ridzwan/453366944765246

Pendidikan : Diploma In Aircraft Maintenance Technology


Pencapaian : Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012
Drama atau Telefilem yang pernah Syarul Ridzwan bintangi : Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, Love You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan, Hati Perempuan 2015.
Okeh... Setakat ini sahaja perkongsian Biodata Penuh Syarul Ridzwan.

Friday 8 May 2015

FRIENDSHIP NEVER END


Friendship...

Is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything...

Thursday 7 May 2015

HELLO MAY

Hi... Assalamualaikum dan selamat petang semua rakan blogger. Petang-petang gini tengah buat apa tu? Tak sangkakan kita dah masuk bulan May. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan may. Mudah mudahan bulan may ni membawa sinar bahagia dalam kehidupan wani sekeluarga... Ameen...