Monday 10 October 2016

SERBUK PENCUCI PEKAT EZICLEAN

 
Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya.

Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?
Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. 

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?
Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.

Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?
Bau haruman bunga-bungaan.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?
Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.



RAMUAN UTAMA DAN KELEBIHAN :
  • Rumusan Dwienzim: Amat berkesan untuk menyingkirkan kotoran yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat dan sebagainya.
  • Formula anti-bakteria: Mencegah bau busuk dan menyahkuman serta menjadikan kain dan pakaian berbau segar dan bersih.
  • Formula anti-karat: Melindungi mesin pembasuh dan pakaian.
  • Rumusan kurang buih: Memudahkan pembasuhan dan menjimatkan masa dan air.
  • Rumusan tanpa klorin: Sesuai untuk fabrik tiruan dan bahan celupan (tidak disyorkan untuk kain sutera). 

CARA PENGGUNAAN :

Mesin pencuci:
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g).
Sekiranya kuantiti cucian banyak, keperluan serbuk pencuci adalah 1 1/2 sudu (30g).

Cucian tangan:
Sekiranya kuantiti cucian sedikit, keperluan serbuk pencuci adalah 2/3 sudu (15g).
Sekiranya kuantiti cucian sederhana, keperluan serbuk pencuci adalah sesudu (20g)


More info click here : Serbuk Pencuci Eziclean

PREMIUM BEAUTIFUL NATURAL WASH



Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.

Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash?
Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.

Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian?
Ya. Ia sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.

Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash? 
Bau haruman bunga-bungaan.

Apakah cara cucian yang betul untuk mencuci Premium Beautiful Foundation Lingerie dengan menggunakan Natural Wash?
  1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
  2. Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.
  3. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).
  4. Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
  5. Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.

KELEBIHAN :
  • Pakaian lebih bersih, lembut dan memberi bau haruman yang menyegarkan.
  • Pakaian tidak mengecut, meregang mahupun luntur warna.
  • Lembut pada fabrik dan tidak meninggalkan kesan berminyak di permukaan pakaian.
  • Haruman bunga-bungaan akan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
CARA PENGGUNAAN :

Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Suhu air di antara 30°C - 40°C. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.

Bilas:
- Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih.
- Jangan menggunakan bahan peluntur yang mengandungi klorida.
- Tidak boleh diperah dengan tangan.

Cuci:
- Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor.
- Kemudian bersihkan selama 15 minit.

Perahan:
- Jangan perah pakaian dalam anda sebaliknya gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut.
- Kemudian, kemaskan bentuk pakaian dalam tersebut kepada bentuk asal.
- Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Hindarkannya dari pancaran matahari.
- Pakaian dalam tidak boleh diseterika.
- Simpan dengan kemas apabila ia kering.

BIO EVOLVE WATER PURIFICATION SYSTEM


Bio EvolveTM Water Purification System menggabungkan penemuan terbaharu Teknologi Nano Termaju dan Blok Karbon Inovatif Ultra Padat dalam sistem penulenan yang mampat, ringan dan berpenampilan menarik. Ia memberikan prestasi penapisan air yang terbaik untuk seisi keluarga!
·      Penemuan Baharu Teknologi Nano Termaju
·      Blok Karbon Inovatif Ultra Padat
·      Penulenan air berprestasi hebat
·      Air yang lebih bersih dan tulen
·      Rasa air yang lebih sedap – terus dari paip!
·      Kualiti air yang dipertingkat
·      Pemasangan sendiri yang mudah
·      Jimat kos! Tidak menggunakan elektrik
·      Kos penyelenggaraan yang rendah
·      Tahan lama
·      Mudah digunakan
 
 
Sistem Penulenan Air Bio-Evolve direka secara teliti dengan sistem penapisan 4 fasa yang inovatif. Setiap penapis direka khas untuk melakukan proses penapisan yang khusus bagi menghasilkan air yang tulen, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia. Ringkasnya, ia adalah cara mudah untukmenikmati air berkualiti tinggi!
 
1.      Pra-Penapis A : Seramik
Seramik padat dengan taburan pori yang bersaiz kurang daripada 0.9 mikron memastikan semua bendasing seperti karat, keladak pasir dan bakteria ditapis sempurna bagi mencapai penulenan air sehingga 99.999%.
 
2.      Penapis B : Pengubah Bertenaga
·      Bebola Bio
·      Karbon Teraktif
·      KDF
 
Bebola Bio memecahkan struktur molekul air menjadi molekul yang lebih kecil supaya air tersebut lebih mudah diserap oleh badan di samping meningkatkan kadar metabolisme. Selain itu, ia menambahkan keupayaan air untuk mengandungi lebih banyak oksigen di dalam badan.
 
Ia mengandungi spektrum sinaran tenaga yang luas yang mengawal, mengaktif dan menyeimbangkan fungsi cecair badan. Air bertenaga tinggi dapat menggalakkan keaktifan dan kelancaran pergerakan sel-sel badan.
 
Karbon Teraktif menyahkan klorin, pewarna dan bau yang kurang menyenangkan.
 
KDF menyingkirkan logam berat seperti plumbum, tembaga dan kadmium.
 
3.      Penapis C : Penapis Pengubah Berion
·      Bebola Ion
·      Bebola Nano
·      Bebola Bio
 
Dengan menggunakan Teknologi Pengubahan Berion, gabungan Bebola Ion, Bebola Nano dan Bebola Bio dapat meningkatkan dan menstabilkan tenaga di dalam air supaya kelompok molekul air kekal berada pada saiz terkecil untuk jangka masa yang panjang.
 
Selain itu, ia meningkatkan tenaga ke paras yang lebih tinggi di samping memastikan air bersifat alkali untuk kebaikan kesihatan manusia. Ia membantu menggalakkan kadar metabolisme dan mengaktifkan sel untuk meningkatkan sistem imunisasi serta fungsi detoksifikasi.
 
4.      Penapis D : Blok Karbon Inovatif Hebat Ultra Padat
Teknologi Proses Haba yang unik menghasilkan ribuan pori halus pada blok karbon yang mengoptimumkan penyerapan bahan pencemar seperti bahan kimia berbahaya, peluntur dan pewarna tetapi membenarkan mineral penting melepasi blok karbon seperti kalsium, magnesium dan florida yang menentang kerosakan gigi supaya kekal berada di dalam air.


CADANGAN TEMPOH PENUKARAN PENAPIS AIR

Penapis
A
B
C
D
Tukar selepas
1 tahun
2 tahun
2 tahun
3 tahun

More info click here : Bio Evolve Info

Wednesday 5 October 2016

BIOZONE FOOD PURIFIER


BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.
 
Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip. 

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan. 

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.


Kelebihan Produk : 
  • Selamat.
  • Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
  • Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
  • Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
  • Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.

Ciri-ciri Produk : 
  • Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
  • Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
  • Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
  • 100% tiub silikon yang bergred medikal.
  • Batu seramik yang bergred tinggi.
  • Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
  • Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.

More info click here : Biozone Food Purifier Info

PREMIUM BEAUTIFUL FEMI 9 : INTIMATE WASH


Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash merupakan pembersih yang bersifat sederhana dan lembut yang sesuai untuk kegunaan seharian. Ia berkesan untuk membantu membersihkan, menyegarkan dan menghilangkan bau. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit, melindungi dan mengelakkan jangkitan bakteria dan keradangan di sekitar bahagian intim kaum wanita yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma. Dengan ini, ia mengurangkan ketidakselesaan pada bahagian vagina dan bau yang tidak menyenangkan.

Adakah Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash sesuai digunakan setiap hari?
Ya. Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash merupakan pembersih yang bersifat sederhana dan lembut di mana ia sesuai digunakan setiap hari. Anda boleh menggunakannya 2-3 kali sehari untuk penjagaan diri yang lebih baik.

Apakah kebaikan menggunakan Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash?
Terdapat banyak kebaikan menggunakan Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash. Antaranya ialah:-
  • Menghilangkan ketidakselesaan dan bau vagina yang tidak menyenangkan.
  • Membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
  • Membantu melindungi dan mengelakkan jangkitan bakteria dan keradangan di sekitar bahagian intim kaum wanita yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma.
  • Untuk membersihkan, menyegarkan dan menghilangkan bau untuk kulit yang sensitif.

Mengapakah penggunaan Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash adalah penting untuk kaum wanita?
Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Oleh itu, ia membantu melindungi dan mengelakkan jangkitan bakteria dan keradangan di sekitar bahagian intim kaum wanita yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma.

Apakah bahan-bahan utama yang terkandung dalam Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash?
Terdapat 2 bahan utama dalam Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash iaitu:-
  • Manjakani
    membantu mengembalikan ketegangan dinding faraj yang hilang akibat peningkatan usia, perubahan hormon dan selepas bersalin.
  • Vitamin Emerupakan agen anti-pengoksidaan yang berkesan dan memudahkan penghasilan sel-sel baru, memulihkan luka dan melambatkan proses penuaan.

Bahan-bahan utama dan kelebihan:
  • Manjakani membantu mengembalikan ketegangan dinding faraj yang hilang akibat peningkatan usia, perubahan hormon dan bersalin.
  • Vitamin E adalah agen anti-pengoksidaan yang berkesan dan memudahkan penghasilan sel-sel baru, memulihkan luka dan melambatkan proses penuaan.

More info click here : Femi 9 Info

Tuesday 4 October 2016

PREMIUM BEAUTIFUL HAND AND BODY LOTION



Rangkaian Siri Produk Penjagaan Diri Premium Beautiful termasuk Losyen Tangan Dan Badan, menyediakan cara baru aromaterapi untuk meningkatkan semangat,melegakan tekanan dan memberi penyeimbangan secara semuajadi dengan haruman. Ia mengandungi pati minyak dari lavender tulen yang dapat menenangkan, menguatkan minda dan meningkatkan semangat. Selain pati minyak lavender, ia mengandungi Vitamin E, Vitamin B Kompleks dan Ekstrak Tumbuhan.

Bahan- Bahan Utama dan Kelebihan : 
  • Minyak essential lavender yang tulen membantu memelihara kesihatan kulit
  • Vitamin E dan Vitamin B Kompleks membantu menghasilkan kulit yang lebih lembut dan licin
  • Melembapkan kulit yang kasar dan kering serta membantu mengekalkan kelembapan

More info click here : Premium Beautiful Hand and Body Lotion

TAK PERGI... RUGI BESAR TAU

Assalamualaikum dan selamat petang uolss.

Kenapa wani maksudkan "TAK PERGI... RUGI BESAR TAU!" Ye la. Semalam Wani ada "Beauty Inside Out & Shake Me Training" bersama dengan Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing.

Training untuk 5 product yang memang terlajak laris! Memang WOW kan!
Percuma je training ni.
ShakeMe antara new product yang semakin laris di pasaran!
Wani mulakan perjalanan awal pagi pada sabtu tu. Pukul 4.15 pagi camtu wani dah keluar dari rumah bergerak ke Autocity, Juru. Di sana, wani menunggu my bff aka my direct leader yang juga dari utara (Sungai Petani) untuk pick-up wani dan rakan-rakan partner yang lain yang ingin car pool sekali. Termasuk my leader kami 5 orang dan penuh 1 kereta. Hihihi... Jimat kan bercar-pool ni.

Muka awal pagi, dengan x cukup tidurnya.
Mata merah dan sepet. hehehe
Kami berlima semasa berhenti rehat di RnR Tapah untuk
touch-up apa-apa yang patut.

Lepas dah selesai bergambar, terus my bff ni pecut kereta dia sampai la ke tempat yang dituju. Alhamdulillah masa sampai tu, kelas masih belum bermula kerana ada sedikit masalah Audio System. Tapi, masalah tersebut sekejap je dapat ditangani oleh pakar-pakar audio. Hehehe...

Geng Konti terdiri daripada our founder CDM Shaliza,
DSM Aini, SSM Nurul dan salah seorang hq team.

Memang full house. Ramai usahawan-usahawan dari utara, pantai timur, selatan dan tidak kurang juga yang dari area berdekatan tak lepaskan peluang keemasan untuk hadir ke kelas.

Wani duduk di barisan hadapan sekali.
Full House! Tahniah untuk uolss semua!
Our emcee, DDM Siti Azlina Osman, yang juga merupakan ex-engineer site di syarikat ternama di Kuala Lumpur. Dan juga telah bertukar kerjaya kepada WAHM baru genap sebulan. Tahniah kepada DDM Olynn. 

Inilah DDM Olynn yang wani maksudkan.
Untuk product talk, kami ada Puan Lyza Zain yang sememangnya Top speaker dari SHOM dan juga merupakan seorang Beautician pada satu masa dahulu dan sekarang menjadi beautician di dalam Syarikat Sahajidah Hai O Marketing. Puan Lyza bercerita untuk 5 killer product iaitu Premium Beautiful, BB Plus Collagen, Femi 9 Initimate Wash, Bio Ever Plus dan juga Bio Seleza. Selain itu, kami juga diajar demo cara mengurut bio ever plus untuk meruncingkan dagu, menghilangkan mata panda, dan menganjalkan kulit dan juga demo kehebatan bio seleza berbanding jenama-jenama pad yang lain. Sebab tu training ni best sesangat tau!

Inilah Puan Lyza Zain dari HQ
Nutrition & Weight Management talk by En.Syahmi untuk slot terakhir sabtu lepas. Guide dan explaination on how our new product ShakeMe is functioning. Bak kata pakar nutrisi ni, 

"Stress people... Wont reduce the weight but normally will gain weight"

Pakar nutrisi we oulss. En. Syahmi yang juga dari HQ.

Selesai semua slot, macam biasa la kan, Bergambar beramai-ramai itu WAJIB! Dan CDM James yang juga merupakan tuan punya stokis telah menyediakan jamuan ringan untuk we oulss semua. Min Kaffe dan juga Nasi Lemak Bungkus. Makanlah seberapa banyak pun boleh tau!

Kami team The Diamond Circle

Bersama dengan my direct leader, bakal CDM 2016 Nurul Ain Zulkarnaind
Jumpa anda di puncak kejayaan!

 Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara
Premium Beautiful Expert Utara
Premium Beautiful Expert Malaysia