Monday 22 January 2018

MY BEAUTIFUL STORY

Gambar ketika 80kg. Memang tak percaya
dalam sekelip mata berat naik mendadak.

Pada asalnya, Wani memilih untuk membeli dan memakai Premium Beautiful kerana far infra red yang ada pada pb ini dapat membantu melancarkan perjalanan darah Wani. Wani ambil keputusan ini setelah beberapa kali berjumpa dengan doktor pakar puan untuk jadikan haid kembali normal dengan mengambil ubat hormon.


Tetapi, setelah beberapa lama mengambil ubat hormon, period tidak datang-datang juga. Berat Wani yang asalnya 55-60kg meningkat naik saban hari sehinggalah mencecah 80kg. Ketika berat 80kg tu, tumit dan lutut cepat rasa sakit akibat berjalan ke sana ke mari, cepat mengah even naik tangga 1 tingkat. Kerap sakit kepala, sakit belakang dan stress. Makin lama, makin jadi pemalas. Keyakinan diri memang tak ada langsung dan keluarga pula kerap mengejek Wani. Lagi bertambah-tambah stress. Ini bukan diri Wani yang sebenarnya!


Alhamdulillah, dalam tempoh 3 minggu Wani pakai PB dengan konsisten 8-10jam sehari, haid kembali normal seperti sedia kala sehinggalah sekarang. Tambah pula potongan badan makin kemas dan cantik pula tu. Berat pun makin menurun tanpa perlu habiskan masa ke gym ataupun amalkan ubat kurus. Keluarga dah tak mengejek macam dulu. Keyakinan diri pun makin meningkat. Seronoknya memang tak terkata.

Tahun ni juga merupakan tahun ke-5 wani as a pb user. Dan Wani tak akan berhenti bercerita mengenai kebaikan Premium Beautiful kepada uolss diluar sana. Benda yang baik, WAJIB dikongsikan bersama.


I Love U, Premium Beautiful.

Wednesday 3 January 2018

HAPPY NEW YEAR 2018

Assalamualaikum. Selamat Pagi korang. Terpaksa wish selamat pagi sebab dah pukul 12pagi dah ni... Hehehe.

Korang dah tido? Mestilah dah ramai yang tido time-time gini kan. Maaf la lama Wani tak keep in touch dengan korang. Masa seakan mencemburui Wani gitu... Hehehe...

Wani harap masih belum terlewat untuk Wani wishkan pada sahabat-sahabat blogger Wani Happy New Year 2018 dan Wani juga berharap tahun 2018 ini memberi sinar baru dan memberi lebih kebahagiaan kepada kita semua... Ameen