Saturday, 11 April 2026

Masuk 30-an, Kenapa Berat Badan Makin Susah Turun? Ini Sebabnya…

Masuk 30-an, Kenapa Berat Badan Makin Susah Turun? Ini Sebabnya…

Pernah tak rasa macam ni…
Dulu makan lebih sikit, esok berat dah turun balik.

Sekarang makan biasa pun rasa badan makin cepat naik, terutama dekat bahagian perut, pinggang dan paha 😮‍💨

Ramai wanita bila masuk umur 30-an mula perasan perubahan ni.

Kadang-kadang sampai terfikir,

“Kenapa dulu tak macam ni?”

Sebenarnya, ini perkara yang sangat normal.
Kenapa berat badan jadi susah turun bila masuk 30-an?

Bila umur semakin meningkat, kadar metabolisme badan kita mula menjadi lebih perlahan.

Maksudnya, badan tidak lagi membakar kalori secepat waktu usia 20-an dulu. Selain itu, jisim otot juga mula berkurang jika kita kurang aktif.

Semakin kurang otot, semakin perlahan badan membakar lemak.

Ditambah pula dengan perubahan hormon, badan jadi lebih mudah menyimpan lemak terutama di kawasan :
- perut
- pinggang
- paha

Gaya hidup yang sibuk juga memainkan peranan
Bagi wanita yang sudah berkeluarga atau bekerja, rutin harian memang sangat padat.

Kerja, urus rumah, anak-anak, kurang tidur dan stress harian boleh menyebabkan berat badan lebih mudah naik.

Kadang bukan sebab makan banyak pun, tapi badan terlalu penat dan kurang pergerakan.
Sebab itulah ramai wanita rasa badan cepat letih dan bentuk badan makin berubah.

Jangan risau, badan masih boleh dibantu 💜
Berita baiknya, kita masih boleh bantu badan untuk kembali lebih selesa dan yakin.

Tak perlu cara ekstrem atau workout yang terlalu berat. Yang penting adalah konsisten dan gunakan support yang betul.

Di sinilah Therapants membantu.
✨ Membantu melancarkan peredaran darah
✨ Memberi support pada bahagian perut dan. pinggang
✨ Membantu proses pembakaran secara semula jadi
✨ Mengurangkan rasa lenguh ketika dipakai
✨ Sesuai untuk wanita busy yang sentiasa bergerak

Ramai customer yang mula pakai sebab rasa kurang yakin dengan bentuk badan, tetapi selepas konsisten pakai, badan terasa lebih ringan dan lebih selesa untuk bergerak.

Mulakan dari sekarang
Kalau anda pun sedang struggle dengan :
- berat badan susah turun
- perut makin buncit
- badan cepat letih

Jangan tunggu sampai jadi makin teruk.
Mulakan penjagaan dari sekarang 💪

Nak tahu saiz yang sesuai dan cara pakai yang betul?

Boleh roger Wani untuk consult satu-satu 😊







Monday, 23 February 2026

5 TAHUN MENYEPI... KINI KEMBALI SEBAGAI THERA EXPERT

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua readers yang Wani sayangi... Dah lama kan Wani tak update blog... Dah bersawang blog kite ni 😂

Sebenarnya dah 5 tahun blog ni sepi tanpa new update. Bukan kerana hilang minat... tetapi kerana Wani tak punya masa untuk update dan memandangkan Wani lebih fokus pada social media yang lain seperti Tiktok, FB dan IG dan Wani juga sedang membina sesuatu dalam diam.

Alhamdulillah, hari ni Wani kembali.
Bukan sekadar untuk menulis... Tetapi untuk memperkenalkan versi baru diri Wani. Wani kini secara rasmi bergelar Thera Expert 🎉🎊

Perjalanan ini bukan sehari dua. Ia penuh dengan proses,pembelajaran, pengalaman, dan juga jatuh sebagai seorang usahawan yang work from home 😀

Doakan Wani ye semua...




Thursday, 18 March 2021

RESEPI 'GEMBIRA' DALAM 'HIDUP'


1. Jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.

2. Jaga hubungan dengan ibu bapa kita.

3. Sayangi diri sendiri.

4. Jujur dan amanah dalam perhubungan.

5. Mengembara dan memuji kebesaran Allah s.w.t.

6. Buat apa yang kita suka. Cinta apa yang kita buat.


Insha Allah, follow 1 by 1 resepi ni, pasti akan bahagia.

Ameen.

Friday, 5 February 2021

MIN KAFFE 3 LAYER ALA SETABAK

 

Hari ni Wani nak share 1 resepi mudah hanya dengan menggunakan Min Kaffe Kopi Garam Buluh. Boleh la kalau nak minum sekeluarga waktu tea time nanti. Heheheh. Hampa try la dulu resepi ni okeh. Confirm sedap kaw punya lah.

Min Kaffe 3 Layer Ala Setabak

2 sachet Min Kaffe
1/2 gelas air panas
1/2 gelas Susu full cream
3/4 cawan Whip cream 
1 sudu besar Gula Perang Organic

Cara-caranya :

1. Pukul minkaffe dengan air panas. Biarkan.

2. Dalam bekas berasingan pukul whip cream dan gula perang organik sampai kembang hingga jadi cream.

3. Campurkan setengah Min Kaffe yang tadi ke dalam whip cream yang dipukul tadi. Pukul dan kacau sehingga rata.

4. Di dalam gelas, masukkan susu dan pukul hingga naik buih.

5. Masukkan Min Kaffe yang dicampur ke dalam whipcream tadi. Jangan kacau. Biarkan. Disini kita akan nampak 2 layer terbentuk. Tinggal sedikit baki.

6. Tuangkan Min Kaffe yang cair secara perlahan-lahan ikut kepahitan masing-masing. Disini kita akan dapat layer ketiga.

7. Masukkan baki Min Kaffe + Whip cream menggunakan sudu secara perlahan-lahan sampai penuh.

P/S : Hidangan untuk 1 1/2 gelas