Sunday 18 May 2014

JANGAN MASUK KERETA DAN BUKA AIRCOND

Peringatan untuk semua ya... Jangan ambil mudah!


Wednesday 14 May 2014

DOA-DOA YANG MUSTAJAB

01.
Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

02.
Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.
Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.
Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal".


Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamahdengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?

AMALAN YANG MEMUSTAJABKAN DOA

01.
Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.
Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".

02.
Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.
'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu :

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: 

`Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.
Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.
Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Tuesday 13 May 2014

WAKTU MUSTAJAB DOA

Berikut adalah waktu-waktu yang mana insya-Allah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah S.W.T. Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.

Waktu-waktu mustajabnya doa.

01. Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02. Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03. Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04. Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat
Dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07. Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah... Jom amalkan bersama-sama.

Saturday 10 May 2014

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN MALAYSIA

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90minit barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.


4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?



6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.




7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll).


8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.


9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak-lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

SERTAI KAMI!

3 different background, an engineer, ex banker, online seller bersatu as#thediamondcircle with same mission towards TIME & FINANCIAL freedom. Join us today for our training session, on how to start & run your online business. Bukan sahaja dapat 4-5 figure income, overseas trip 2-3x per year, car allowance & banyak lagi. The class is FREE.


Just contact me #0147424304 to book your seat. 



Thursday 8 May 2014

PREMIUM BEAUTIFUL EXCLUSIVE PREVIEW


Hey you..., 
Yes you! Reading this right now. Do you want to know a secret? A secret so many women has been using to look good for Raya but doesn't really want to admit?


We'll share some HOTTEST beauty & fashion tips this season. Also some best tips to loose weight and look fabolously stunning! Don't miss this chance!

Register now! Hurry PM me 0147424304 for details! 

LIMITED seats available!

Come for our exclusive preview this 16th May, at GLAM, TTDI. 8:30PM - 10:30PM

Worth your time, worth your penny! 



Nurhazwani Ameen Binti Kamarul Ameen
014-7424304 (sms @ whatsapp)
princessnur870527@gmail.com

MINERAL COFFEE DI TEMPAT ANDA?


Anda mempunyai kafe/restoren/kedai runcit/hotel/motel/spa?

Adakah anda tahu #mineralcoffee adalah satu coffee yang boleh menjana pendapatan anda?

-satu-satunya kopi di dunia yang mengandungi GARAM BULUH 
-kopi Robusta yang berkualiti tinggi
-baik untuk darah tinggi dan kencing manis
-membantu hilangkan migrain dan demam
-tiada gula
-tiada kolestrol

-Kopi yang luar biasa bukan? Be one of our agent today! Whatsapp wani jika berminat untuk jadi agent di kawasan anda. Percuma pengiklanan untuk perniagaan anda yang sedia ada.

014-7424304 (wani) 

P/S : kopi on the board ni dah ade yang punye ye.. If nak wani letak mineral kopi di kedai korang, whatsapp wani laju-laju ye



Nurhazwani Ameen Binti Kamarul Ameen
014-7424304 (sms @ whatsapp)
princessnur870527@gmail.com

Wednesday 7 May 2014

GOOD NEWS!


Good news! Now I'm looking for a new protege. 
Start your own business with capital as low from RM500 & direct coaching with me. 
Ada 5 pilihan permulaan biznes yang anda boleh pilih.


Nurhazwani Ameen Binti Kamarul Ameen
014-7424304 (sms @ whatsapp)
princessnur870527@gmail.com



Friday 2 May 2014

PETUA SENANG HATI

Morning readers...

Hari ni Wani nak kongsikan dengan korang semua petua senang hati. Semoga hati-hati kita semua sentiasa senang lepas ni... Insha Allah...

1. Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH.

2. Latih hati sentiasa ingat, ALLAH memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.

3. Latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak terlalu mengharapkan manusia.

4. Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH.

5. Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH.

PROMOSI BESAR-BESARAN

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari readers kesayangan...

GOOD NEWS... BERITA GEMBIRA!

Memandangkan bulan May ni bulan kelahiran untuk Wani, so disini Wani nak inform kepada korang semua yang Wani nak buat PROMOSI besar-besaran untuk semua product yang Wani jual... So, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan tak lupa juga kepada pakcik- pakcik, jangan lengahkan masa anda semua... Cepat-cepat order untuk dapatkan harga DISKAUN dan juga FREEGIFT daripada Wani.

Call atau whatsapp Wani untuk order ya... 014-7424304

*P/S : Lihat senarai barang-barang di bawah ye!




SENARAI PRODUK :
  1. Set Premium Beautiful
  2. Premium Beautiful Natural Wash
  3. Marine Essence Beauty Bar
  4. Marine Essence Body Wash
  5. Marine Essence Shampoo
  6. Marine Essence Tooth Paste
  7. BB Plus Collagen
  8. Pil Maharani
  9. Eury Jack
  10. Mineral Coffee
  11. Cozuma Lipstick
  12. Cozuma Bedak Asas
  13. Cozuma Festivo Eyes & Cheeks Palette
  14. JTX Air Tracker
  15. JTX Oil
  16. Bio Velocity Sleep Mate
  17. Bamboo Salt Premier Drink
  18. Bamboo Salt Premier Cooking Salt Powder
  19. Miautan Enerplus
  20. Lactolite
  21. 23 Fruit And Vegi Mix Juice
  22. Vitalift Serum
  23. Vita Glow
  24. Bio Ever Nano Cream
  25. Luminez


AH LAN WA SAHLAN REJAB

Assalamualaikum dan selamat pagi readers...

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini dan pada hari ini juga telah masuk 1 Rejab... Ahlan wa sahlan ya rejab... Semoga rejab ini akan memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita semua... Ameen Ya Rabbal A'lamin...




HELLO MAY

Assalamualaikum dan selamat pagi readers...


Hari ni 1 May 2014. Hampir semua orang yang bekerja mesti cuti kan... Maklum la hari ni kan Hari Pekerja aka Labour Day. Dan Wani yakin ramai yang apply "cuti" pada esok harinya... Ye la dah alang-alang cutikan... Baik sambung terus cuti untuk spend time dengan family. Hehehe...

Wani juga harapkan May kali ni memberi banyak berita gembira untuk diri Wani...


Ok la, disini Wani nak ucapkan selamat bercuti kepada yang bercuti dan juga selamat bekerja kepada yang bekerja. Buatlah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas kerana kerja itulah merupakan mata pencarian untuk diri sendiri dan juga keluarga.