Showing posts with label glampreneurs. Show all posts
Showing posts with label glampreneurs. Show all posts

Friday, 15 May 2015

TEASER - PHOTOSHOOT TDC

Assalamualaikum dan selamat tengahari sayang-sayang wani..

Tengah buat ape tu awak-awak semua? Tengah kerje ke? Atau tengah lunch? Maklum la hari jumaat kan selalunya lunch awal dan lama. Wani belum lunch lagi. Kejap lagi wani nak ke rumah mertua. Mak mertua wani jemput makan dirumah dia. Hehehe... Jangan la jelez uolss.. Memang kadang-kadang bila hari jumaat my MIL selalu jemput kerumah dia untuk makan.

Berbalik kepada tajuk yang diatas, sebenarnya hari tu business group we oulss ada buat photoshoot. So kami diberi tema corporate atau juga dikenali sebagai hitam, kuning dan grey. Dah macam pekerja maybank pulak atau pun pemain bola sepak harimau malaya. Hahaha...

So, teaser dia adalah seperti berikut :

Wani pilih Jubah Abaya Kembang je coz tak sempat nak cari sekirt mekert semua... Hahaha busy sungguh iolls ni.. Jubah ni wani beli dari adik ipar wani yang bekerja sebagai stewardess di Saudi Airlines. Hampir kesemua jubah dalam almari wani semuanya wani beli dari dia...

Ok... Masuk bab tudung pulak.. Actually bukan tudung tapi shawl dan wani memilih warna kuning sebab nak dipadankan dengan niqab yaman yang semestinya warna hitam... Shawl wani murah je. 20 hinggit je. Wani beli kat giant bayan baru tu.. Memang shawl kosong je tapi agak lebar dan panjang. Sesuai la dengan imej wani sebagai wanita yang memakai tudung labuh.

Then, last minute (sehari sebelum photoshoot) wani ajak husband wani ke queensbay untuk cari blazer. Alhamdulillah setelah jelajah hampir 10 shoplot, akhirnya wani jumpa satu blazer di Padini berwarna grey. Dan size pun ok dengan wani so, tunggu apa lagi, iolss rembat terus satu.

Untuk kasut pulak haruslah heels.. Baru nampak tinggi sikit. Hehehe... Heels wani tak perlu beli coz sememangnya wani banyak heels. Heels yang jarang pakai juz beli untuk suka-suka je. Tapi bukan tak pakai terus ye... Pakai untuk hari-hari tertentu je.

Jom layan gambar persediaan photoshoot dibawah :D

Inilah ootd wani pada hari photosoot nanti
Ni la heels wani. Tak la tinggi sangat cuma 4 ke 5 inch je... hehe





Heels yang lain-lain tu wani google je... Saja je nak jamu mata uolss semua. Cantikkan!!

Ok... Setakat ini sahaja teaser wani untuk photoshoot. Sampai jumpa lagi..

Salam sayang semua...

Tuesday, 28 April 2015

MAJLIS ULANG TAHUN HAI-O YANG KE-22 - PART 1

Assalamualaikum dan selamat petang readers tersayang...


   Sorry la sebab lama sangat tak update blog ni. Maklum la busy siang malam. So sorry ye. Tapi, hari ni wani nak update tentang MUT 22 yang lepas. MUT tu ape ye? MUT tu adalah Majlis Ulang Tahun Hai-O. Majlis pada malam itu dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hassan Bin Malek iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Marilah jamu mata uolss semua dengan gambar-gambar pembukaan untuk majlis itu.



Y. B. Dato' Sri Hassan Malek diapit oleh Y. Bhg. Tan Sri Osman S. Cassim dan juga Tan Kai Hee ketika menyanyikan lagu kebangsaan
Y. Bhg. Tan Sri Osman S. Cassim sedang memberi ucapan alu-aluan
   Okehhhh... Berbalik kepada cerita majlis tadi, satu-satunya perkara penting untuk kami semua adalah fashion. Hahaha. Mestilah nak melarams sakan malam tu. Dan yang bestnya, our founder of Green Leaders Academy Malaysia (GLAM), CDM Hanis Haizi menerima award pada malam tu. Alhamdulillah, memang wani berbangga sangat bila berada di bawah naungan CDM Hanis. She's one of my inspired. 

CDM Hanis Haizi bersama-sama tulang belakang beliau, CDM Razali Zain ketika menerima anugerah daripada Y. B. Dato' Sri Hassan Malek



CDM Hanis Haizi dan suami, CDM Razali Zain. Really inspired both of them.
   Ok... Yang diatas semua tadi cerita didalam dewan. Sekarang kita pergi keluar dewan pulak.. Ape yang ada di luar dewan tu? Of course la sakan bergambar pada hari tu.. Amik selfie la, ootd la dan macam-macam lagi. Memang happening gila la kat luar dewan tu. Pantang ada yang pegang hanset ke, pegang camera ke, terus nak mencelah je kerjanya. Memang havoc gile la jawabnya.

Jom layan gambar-gambar dibawah pula... Zassss...

Founder of The Diamond Circle. Ex banker. Memang teruja tengok CDM Shaliza Aziz bekerja.

Sebahagian daripada The Diamond Circle.
CDM Shaliza Aziz bersama husband beliau.
Cantik je semua kekakaks ni...

Jangan kata bisnes ni untuk perempuan je ye... Lelaki pun boleh tau uolss..

Tulang belakang CDM Shaliza Aziz. 

CDM Shaliza bergaya dengan handbag designer pertama beliau.

Dekat tangga pun jadi bergambar.. Selagi ade ruang kosong, selagi tu lah kami berposing.

Apabila jurukamera mengambil posisi, maka kami pun cepat2 ambil posisi jugak. Hahaha

CDM and nadd. Candid by photographer.
Sampai sini saja entry wani pada kali ini. Nantikan sambungannya selepas ini ya uolss.. Selamat beristirehat semua.

Saturday, 20 September 2014

SPECIAL PROMO FOR PB


Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayang semua.

Hey ladies tak kira lah, rakan bloggers, business partner, rakan kerja, dan lain-lain lagi di sekitar Brunei, Singapore, United States, United Kingdom, Indonesia dan seangkatan dengannya.

Disini Wani ada SPECIAL PROMOTION untuk belian 2 korset Premium Beautiful dan anda akan mendapat 1 short bra Premium Beautiful secara PERCUMA. Yup, it's free, OK!

Don't miss it. Grab it now as soon as possible kerana ia amat berbaloi-baloi untuk kesihatan dan kecantikan badan anda. Senang dan mudah dipakai juga terbukti berkesan! Premium Beautiful Corset No.1 Malaysia.

Jangan lepaskan peluang anda. Contact wani sekarang!

Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
princessnur870527@gmail.com

Saturday, 12 July 2014

IFTAR WITH GLAMPRENEURS

Alhamdulillah... Tahun ni dah masuk tahun ketiga iftar untuk team The Diamond Circle. Semoga ukhwah kita semua sentiasa kukuh di masa akan datang. Tak sabar nak berjumpa dengan uolss semua.


Monday, 23 June 2014

DIAMOND NIGHT FEVER - PART 1

Assalamualaikum dan selamat malam readers. 

Wani just came back from KL. Wani nak cerita la sikit-sikit about DIAMOND NIGHT masa Wani pergi semalam. 

Wani pergi untuk meraikan mentor Wani yang naik pentas pada malam tu. Biasa la kan, dah name pun mentor, sape lagi yang nak raikan mentor kalau bukan anak buah nya. Betul tak?

Mentor Wani Ain Zulkarnaind dapat naik pangkat sebagai Double Diamond Manager dan juga mendapat Car Fund pada malam itu. Tinggal lagi 1 step je untuk mentor Wani berjaya sebagai Crown Diamond Manager. 

Insha allah, satu hari nanti, Wani pun nak berjaya macam mentor wani juga. Ameen...

Looked! Ramai tak team kite orang? WE ARE THE DIAMOND CIRCLE!

Wani bersama business partner dari penang, kedah, dan kuala lumpur

Okies... Cerita wani belum habis lagi ya. Nantikan sambungannya pada post wani akan datang ye...

Friday, 6 June 2014

PROJECT RAYAKAYA!!

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari uolss.. Uolss tau tak ape itu PROJECT RAYAKAYA? Project ini adalah untuk uolss semua yang betul-betul berminat untuk membuat perniagaan. Yela kan... Puasa dah nak dekat ni. Tinggal beberapa hari je lagikan.. Daripada uollss online FB/INSTAGRAM yang tidak mendatangkan untung, ape kate uolss buat bisnes dengan Wani. Boleh juga tambah pendapatan uolss untuk raya dan juga lepas-lepas raya nanti. Yela, ramai yang selalu kekurangan wang after raya. Mesti uolss pernah alamikan. 

Modal untuk project ini tersangatlah flexible. Bagi uolss yang betul-betul berminat, uolss boleh terus whatsapp/wechat/pm wani di nombor 014-7424304. Semuanya tunjuk ajar akan diberikan dari A hingga Z. 

Dari A hingga Z?
YESSS... Semua tunjuk ajar akan diberikan dari A hingga Z. Just pm wani... Uollss boleh pilih sekali berapa modal yang uolss nak keluarkan. 



Saturday, 12 April 2014

FAQ : BUSINESS OPPORTUNITY WITH PREMIUM BEAUTIFUL

Q1 : Berapa modal nak join bisnes Premium Beautiful ni?

Jangan tak percaya, modal hanya serendah rm50 jer sebagai registration fee untuk jadi member.. Yang lain tu adalah flexible ikut kemampuan masing-masing.. Sebab tu la penting untuk kami buat presentation on paper or explain further terlebih dahulu supaya awak lebih jelas dan boleh pilih plan mana yang lebih menarik... ;=)


Q2 : Nanti dah join bisnes ni saya kena jual barang ke?

Yes dear.. Semua bisnes melibatkan transaction jual beli samada produk ataupun perkhidmatan.. Advantage untuk bisnes Premium Beautiful ni ialah ianya korset SUPERBRAND dan dah 20 tahun dalam pasaran.. Awak tahu tak superbrand itu apa? Maknanya dalam banyak-banyak korset dalam pasaran, cuma Premium Beautiful yang mendapat pengiktirafan korset terbaik ! Hebat kannnnnnnnn.................. ;=)


Q3 : Susah tak nak jual Premium Beautiful nih?

Sangat senang okey sebab demand sentiasa ada.. Semua orang nak nampak cantik, kurus dan bergaya..  Selagi ada perempuan, selagi tu lah ada demand and wanita zaman sekarang semua dah ada kesedaran tentang kepentingan jaga kesihatan di samping nak cantik kannnnn !! ;=)


Q4 : Tapi saya tak reti nak jual2 barang nih..

Hidup ni di antara Nak dan Tak Nak je... Yang penting kita kena ada ILMU yang betul dan semangat nekad untuk berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi.. Bila matlamat jelas, confirm bolehhh !!!


Q5 : Hmm...tapi saya tak reti la nak buka mulut..

Cuba nganga tengok ! Hahahaha... Kalau tak reti, apa guna bisnes2 partner yang ade kan.. Kami saling membantu antara satu sama lain.. So, jangan la risau yer...


Q6: Kalau saya memang tak boleh nak jual jugak macamana?

Once awak register sebagai member dengan stokis B32 kami, u will become part of THE BIG GOLDEN FAMILY.. There will be classes and personal guide for you by those yang dah sukses.. Family kita besar and variety taw.. Kita ada doktor, ustaz engineer, askar, penari aswara, peniaga pasar malam, full-time housewife, cikgu sejarah Kak Ana yang dulu demok tapi sekarang kurussss giler.. Kalau dorang yang datang  dari latarbelakang berbeza pon boleh buat, takde alasan kenapa kita tak boleh buat.. Yang menariknya, daripada personal experiences saya, dalam bisnes ni kita tak buat sorang-sorang sebab kalau kami tak tolong awak, kami pon takkan ke mana...


Q7 : Bisnes ni kena carik-carik orang ke?

Bukan carik orang la sayang.. Terms yang betul ialah membuka francais supaya bisnes kita berkembang maju.. Kalau kita buat sorang-sorang, pukul berapa nak maju? Kalau saya sebut McDonalds, Ani Sup Utara, Bangi Kopitiam, Mingo-Mingo, Each-A-Cup, Cosway, Avon, 7-Eleven semua tu, mesti awak tau kan...? Sebab pergi mana-mana pon mesti ada francais kedai-kedai tu kan.. Just imagine kalau McDonalds ada satu branch je kat MALAYSIA nih... mesti untung tak banyak kan walaupon demand tinggi gilerr sebab supply is very limited... macam tu jugak la bisnes kita ni.. Kita share produk kita and peluang berbisnes, CONFIRM untung banyak...!!


Q8 : Kalau saya duduk goyang kaki je bonus masuk tak?

Waaaahhhhh  hebat ko nyah! Selera tinggi tapi malas nak cari rezeki! Tepuk mau?? Ish ish ish... Kalau awak kerja makan gaji pon, kalau awak tak pegi kerja, gaji jalan ke? Allah dah janjikan rezeki kita ada dimana-mana... Tapi kita haruslah berusaha... Dan jangan tak tahu 9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga...=)

So, dalam bisnes ni awak buat, awak dapat.. Lagi banyak awak buat, laaaaaaaaaaaaaagi banyak awak dapat !   Tapi saya nak tekankan kat sini, bisnes ni BUKAN SISTEM PIRAMID! Haaaa berbanding dengan keje makan gaji kat ofis, keje bertambah, hari-hari balik lambat, ujung bulan dapat gaji sama je... Kalau ada extra bonus, setahun sekali, tu pon depends on performance kita selama setahun tu.. Nak naik gaji?? Itupun depends on mood majikan kan... Nak naik pangkat?? Haa tunggu la orang atas kita tu pencen, or kita kena carik keje lain... Penat kan...?


Q9 :  Saya tak pernah buat bisnes and saya memang zero bab bisnes...cemane?

Ok, mula2 rujuk jawapan Q5.. Then cuba ingat balik dulu masa kecik2 kita semua tak pandai membaca.. Tapi mak ayah kita ajar, pastu hantar kita pegi sekolah lagi.. Tup tup dah pandai membaca... :) Kannnn... pendek kata DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN.. yang penting JANGAN MALAS! And BERHENTI BAGI ALASAN! Sampai bila kita nak hidup ala-ala kadar aje... Cukup bulan dapat gaji bayar hutang! Tanggungjawab makin banyak, jasa mak bapak kita pon belom terbalas lagi... Sekarang ni saya datang bawa peluang untuk awak memajukan diri, BAGI PELUANG PADA DIRI AWAK UNTUK BERUBAH... Ok sayang.. Wani janji kita buat sama2... :)

Wani dulu pun START FROM ZERO dan sekarang ALHAMDULILLAH dapat merasa macam-macam dengan DUIT BONUS!

Jom roger Wani untuk Free Consultation And Free Trial..

FB : Nurhazwani Ameen
Email : princessnur870527@gmail.com
Mobile : 014-7424304

EURY JACK

Hai, hai, hai semua....


Pagi ni Wani nak ceritakan tentang EURY JACK. Apa eury jack tu? Actually eury jack tu adalah pil untuk kekuatan dalam kaum lelaki. Macam perempuan ade pil MAHARANI, so, untuk lelaki pulak ade EURY JACK. Takkan la perempuan je yang nakkan kekuatan dalaman. Lelaki pun perlu juga. Husband Wani pun mengambil pil EURY JACK ni pada setiap pagi dan alhamdulillah tak ada kesan sampingan. Jom baca apa yang Wani tulis tentang eury jack kat bawah ni ye.


RAMUAN UTAMA

Eury Jack ialah Eurycoma Longifolia Jack (Tongkat Ali). Tongkat Ali digelar sebagai harta Malaysia, juga merupakan tumbuhan hijau semulajadi yang dicadangkan oleh bidang perubatan antarabangsa sekarang. Eury Jack menggunakan ekstrak intipati bahagian akar Tongkat Ali sebagai ramuannya memandangkan bahagian akar mempunyai nilai nutrisi yang paling tinggi. Nilai perubatan Tongkat Ali amat tinggi, ia digunakan sebagai ubat tradisional dan tonik dalam masyarakat Asia Tenggara. Ia digunakan secara meluas untuk meningkatkan daya keimunan, menguatkan badan, tonik selepas bersalin, mengurangkan tekanan, menguatkan fungsi ginjal dan sebagainya. 

Herba Cistanche pula merupakan ubat yang berharga dari China dan diberi gelaran “ginseng gurun”. Ia adalah salah satu ubat yang paling kerap digunakan dalam preskripsi untuk menguatkan fungsi ginjal dan mengatasi masalah mati pucuk sejak dinasti dahulu.


Bolehkah wanita mengambil Eury Jack?

Walaupun Tongkat Ali dan Herba Cistanche yang terkandung dalam Eury Jack mempunyai kesan sebagai tonik untuk wanita selepas bersalin dan melancarkan kitaran haid, namun Hai-O Kacimah adalah lebih sesuai untuk penjagaan kesihatan wanita.


Bolehkah Eury Jack memperbaiki fungsi seksual lelaki?

Ramuan utama Eury Jack iaitu Tongkat Ali dan Herba Cistanche dapat menggalakkan penghasilan testosteron dalam badan, dan testosteron akan membangkitkan nafsu lelaki.


Adakah Eury Jack mengandungi unsur ubat barat dan bahan perangsang?

Eury Jack tidak mengandungi sebarang ubat-ubatan barat dan bahan perangsang. Tongkat Ali dan Herba Cistanche merupakan tumbuhan hijau semulajadi yang digunakan sebagai ramuan utama.


Apakah itu Tongkat Ali?

Tongkat Ali ialah sejenis tumbuhan belukar liar yang tumbuh di Asia Tenggara, digelar sebagai harta Malaysia. Menurut kajian, akar Tongkat Ali dapat meningkatkan penghasilan testosteron yang mana testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk fungsi seks lelaki. Ekstraknya dapat meningkatkan stamina dan keaktifan, mengurangkan keletihan, membasmi bakteria, mencegah ulser dan menghilangkan kepanasan. Ia juga dapat melegakan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan  diabetes.


Adakah Tongkat Ali selamat diambil?

Tongkat Ali telah memperolehi pengiktirafan sebagai produk penjagaan kesihatan yang selamat daripada kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Pelbagai kajian turut menunjukkan sifat Tongkat Ali yang tidak bertoksin dan boleh diambil secara selamat sepanjang masa. 


Apakah keberkesanan Herba Cistanche?

Herba Cistanche ialah ubat yang berharga dari China. Ia diberi gelaran  sebagai “ginseng gurun” yang merupakan salah satu ubat yang paling kerap digunakan dalam preskripsi untuk menguatkan fungsi ginjal dan mengatasi masalah mati pucuk. Menurut catatan China, Herba Cistanche ialah tonik untuk ginjal dan peredaran darah. Perubatan sains moden mendapati bahawa Herba Cistanche mempunyai kesan dalam menentang penuaan, menyelaras rembesan endokrin, menggalakkan metabolisme dan  meningkatkan daya keimunan.


KEBERKESANAN

  • Menggalakkan rembesan testosteron dan pertumbuhan otot
  • Meningkatkan stamina dan tenaga, mengurangkan tekanan dan ketegangan
  • Menyelaras sistem endokrin, menggalakkan metabolisme
  • Meningkatkan kesuburan badan, mengekalkan sistem pembiakan yang sihat
  • Memperbaiki simptom kelesuan dan kesakitan pinggang, belakang dan lutut
  • Melegakan sembelit bagi warga tua

CARA PENGAMBILAN

Dua kali sehari pada waktu pagi dan malam, 1 hingga 3 kapsul setiap kali, diambil dengan perut kosong untuk kesan yang lebih baik.


Thursday, 10 April 2014

O GROUP UTARA

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Isnin lalu Wani ada menyertai O-Group Discussion bersama mentor yang cute dan juga bakal menjadi CDM tak lama lagi iaitu Ain Zulkarnaind aka Yong. Korang cuba google nama Ain Zulkarnaind nanti, dan korang akan tahu siapakah si adik cute miut ni. Sudah lama rasanya Wani tidak mengikuti kelas yang dianjurkan oleh GLAM (THE DIAMOND CIRCLE) kerana masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Tetapi, mulai pada masa ini, Wani akan cuba sedaya upaya Wani untuk menghadiri semua kelas. Mudah-mudahan hendaknya. Ameen.

Pada mulanya masa menghadiri perbincangan ini, Wani agak blur... Hahaha... Maklumla dah lama tinggal. Tapi, setelah berkumpul kesemua partners, ade yang dari Kulim, Perak dan Penang iaitu terdiri daripada Wani, Kak Islizawati dan Muhyidin dan Yong aka Jurucakap pun memulakan perbincangan O-Group. Sebenarnya O-Group ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat terbaru seperti promosi, produk, strategi, perancangan, sasaran dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mentor dan rakan-rakan perniagaan yang lain. Various tips provided to us to make sure we move forward towards the pinnacle of success. Dengan adanya O-Group ini, kami semua dapat berkongsi pendapat dan berkongsi idea dengan partners yang lain. Dan yang terakhir, adalah untuk merebut peluang percutian ke Shanghai pada bulan Julai nanti.



Meja berselerak tak sempat nak kemas bcoz semua busy nak bergambar. Hahaha... Sabar je la kan. Tapi Wani cakap memang HAPPENING la kalau selalu macam ni.


Bukan perempuan sahaja yang boleh buat bisnez ni, lelaki pun boleh tau!
See our MEN IN GLAM, yang berbaju hijau tu bernama Muhyidin aka Din dan yang berkemeja tu Fazadi aka Didi. Kalau nak tau die orang ni dah berpunya ke belum, tanya la emupnya badan sendiri ye. Jangan tanya Wani :P



Barisan Model... 
Layak kah? Hahaha Wani gurau je. Wani kenal kan one by one ok.
Start dari yg berkaca mata ala-ala budak skema itu lah our cute miut mentor, AinZulkarnaind, Sis Islizawati peneman ku ketika memandu dari Penang ke Perda, yang berniqab (purdah) adalah saya, yang bertudung biru Nadiah aka Nad dan yang terakhir Hafizah aka Pijat.


Sekian sajalah cerita Wani untuk entry kali ini. 

Kepada yang nak buat biznes ni, boleh tanya terus kepada Wani. Tak perlu malu-malu atau segan. Semua benda akan ditunjuk ajar oleh Wani dan partners yang lain.