Monday 16 April 2018

MY fSSM IN THE MAKING


My beautiful and dedicated partner,  Nooratikah Ibrahim and Nurshakeylah Ahmad. From strangers now dah jadi family dalam business dan berkongsi pelbagai cerita suka duka perjalanan business.

Ika merupakan my first partner. Ibu beranak dua baru je habis berpantang dan masih bekerja dan juga my fSSM tak lama lagi. Sipi-sipi je tu... Kak wani tahu ika boleh walaupun kekadang masa tak mencukupi. 

My another partner Shakeylah belum sampai setahun dalam business dan baru je siap pangkat SM. Congrats Shakey for your first step. Shakey yang approach Wani sendiri last year untuk buat duit raya bersama-sama team Wani. Bermula business dengan Wani atas sebab BIG WHY nak keluarganya hidup selesa. Also my next fSSM juga ni. Keep it up a good work. U half quater miles.

Nak sertai family Wani dalam business? Do contact me for more details. Banyak kemudahan yang uolss akan dapat dari shom bila menjadi ahli.

Love,
Wani Ameen
0164320914
waniameen87@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Malaysia
Premium Beautiful Expert Utara
Premium Beautiful Expert Malaysia

Saturday 14 April 2018

TEASER : PHOTOSHOOT BUSINESS PROFILE

Assalamualaikum. Selamat malam korang. Eh.. dah pagi la... So, good morning readers. Sebelum Wani tido, wani nak beritahu korang esok Wani ade sesi photoshoot business profile bersama dengan rakan kongsi.

Kali ni merupakan kali kedua Wani berphotoshoot untuk business profile. Rasa nervous semua ada ni. Hahaha... Jom Wani share outfit Wani untuk esok photoshoot esok.
Blouse : Nude
Skirt : Blue Black
Blazer : Padini in Gray
Shawl : Wani Ameen Hijab
Heels : Ladychino Heels
Accessories : Armani Exchange Ladies Watch
                       Vinstella White Gold Ring & Bracelet

Not forget my favorite companion, Premium Beautiful. Its a MUST!

Tak sabar nak melaram sakan esok. Photoshoot ni bertujuan untuk meningkatkan lagi branding seseorang dalam business seperti Wani.

That's all for today. Semoga kita bertemu dilain hari.

Thursday 12 April 2018

CARA BERPANTANG BERSALIN CZER

Kepada ibu-ibu yang melahirkan anak secara czer, Wani ade beberapa cara penjagaan untuk uolss tau.

1. Berpantang makan betul-betul.

Berpantanglah dari makan makanan yang berbisa dan gatal. Pelbagaikan lauk dan menu berpantang supaya kita berpantang dengan rasa seronok. 

2. Air

Minumlah air sebanyak mungkin. Pengambilan air yang banyak menolong flush toksin dari badan melalui air kencing dan najis, menolong melembutkan najis, mempercepatkan penyembuhan dan memperbanyakkan susu.

3. Bertungku 

Ini amalan wajib semua wanita dalam pantang. Semoden kita, jangan lupa untuk bertungku.

Bagi yang bersalin secara czer, bukan boleh bertungku terus gitu je. Ade bahagian-bahagian yang tak dibenarkan bertungku seperti bahagian luka jahitan tu.

4. Berbengkung

Ramai yang mengadu lepas bersalin czer atau normal tak dapat turunkan berat badan, perut buncit macam mengandung 3 bulan. 

Berbengkung sangat penting. Nak senang , cepat dan mudah, pakailah Premium Beautiful selepas luka czer tu kering.

5. Jamu/ supplement 

Jamu ni nak elokkan bahagian dalaman wanita. Pilih jamu yang sesuai dengan diri korang.

6. Berparam/ berpilis

7. Stokin 

Pakai stokin untuk elak badan cepat sejuk masa berpantang. Dengan berstokin badan kita jadi warm je. Angin pun tak masuk. 

8. Mengurut 

Bagi yang boleh berurut, teruskan. Bagi yang tak boleh, jangan pula uolss berurut. Urut di bahagian yang dibenarkan sahaja.

Berurut ni bagus untuk kecergasan badan dan menetapkan kedudukan rahim. Badan rasa sedap saja. Tapi semua bergantung pada diri sendiri juga.

Atas ni adalah antara cara bersalin czer. Ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata samada bersalin secara normal atau bersalin secara czer, boleh amalkan ye.

Dont forget to share this post. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Pakar Bidan Moden,
Wani Ameen
PB Expert since 2013

Wednesday 11 April 2018

7 KESAN PAKAI KORSET YANG TIDAK BERKUALITI

Assalamualaikum... Selamat Malam korang semua. Dah tido ke? Bagus lah kalau begitu. Entry Wani kali ni best tau. tapi kalau korang tengah tido tu, tido je. Esok korang boleh baca entry Wani awal pagi.

Kalau korang rasa seperti point dibawah ni, cepat-cepatlah bertukar dari korset biasa kepada korset yang berkualiti. Ini untuk kebaikan korang juga.

Jom kita... Zasss.

1) Sakit Tulang Belakang - Terdapat segelintir client pernah mengadu sakit tulang belakang selepas beberapa bulan memakai korset yang tidak berkualiti. Kebanyakan korset yang dipakai hanya fokus kepada "slimming" dan bukannya kesihatan. So hati-hati ya.

2) Girdle Bergulung - Ini adalah perbezaan yang paling ketara antara korset yang berkualiti dan tidak berkualiti. Material kainnya tidak melekat pada pinggang dan peha dan boleh bergulung selepas beberapa minit menyarung girdle. Bila girdle bergulung, kita akan menjadi sangat-sangat tidak selesa.


3) Sesak Nafas - Terdapat sesetengah korset yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan malah bentuk badan orang Asia juga berbeza dengan orang US tambahan pula korset sememangnya berasal dari US. Apabila tidak sesuai, menyebabkan kesempitan di ruang dada dan boleh menyebabkan sesak nafas. Bahaya sangat-sangat.


4) Getah Meregang - Bila beli korset, kita mesti inginkan korset yang memegang badan kita dengan kemas. Apabila beli korset yang tidak berkualiti, korset ini lama-kelamaan akan longgar dan akhirnya korset yang mengikut bentuk badan anda bukannya badan anda mengikut bentuk korset.

5) Panas - Kain yang tidak berkualiti memang boleh menyebabkan panas dan akhirnya timbul ruam di permukaan kulit. Mungkin setakat satu dua kali pakai rasa semangat, tapi lama-lama akan "give-up". 

6) Tidak Mesra Tandas - Ini adalah persoalan yang selalu ditanya sebelum beli korset. Kekadang ada yang terkencing terus kerana sukar untuk membukanya.

7) Cepat Rosak - Korset yang murah dan tidak berkualiti tidak ada jaminan jika berlaku kerosakan. Kekadang pin cepat tertanggal, kain koyak, tulang besi terkeluar dari kain dan akhirnya di campak ke tong sampah. Membazir duit je.

Fikir sebelum beli korset yang tidak berkualiti. Moga perkongsian Wani ini bermanfaat untuk korang semua.

Nak beli Premium Beautiful? Mai contact Wani ye. Wani akan guide korang dari A hingga Z dan juga pemantauan 3 bulan pertama dengan percuma.


Friday 6 April 2018

PREMIUM BEAUTIFUL, THE BEST CORSET EVER

Antara produk hai-o yang dengan sekali pakai je terus buat Wani jatuh cinta.



Premium Beautiful menghilangkan masalah period tidak teratur Wani dan juga menstabilkan hormon badan wani seperti wanita normal diluar sana.


Premium Beautiful juga buatkan Wani berjaya buang 20kg lebihan berat badan akibat pengambilan pil hormon yang diberikan oleh pakar sakit puan.


Dulu ingatkan PB ni mahal. Takut nak beli sebab takut membazir. End up beli korset yang biasa-biasa. Bertukar-tukar juga korset biasa dalam beberapa tahun tu. Tapi hasilnya memang tak nampak. Membazir je.


Bila satu hari dapat peluang cuba PB FREE, terus ambil peluang. Ingatkan hanya nak cuba. Tak sangka jatuh cinta. Yup! Terus jatuh cinta. Serius memang lain PB ni. Cara dia pegang kemas hargai badan kita buat diri rasa SPECIAL. Dan tahun ni juga merupakan tahun kelima Wani bersama dengan Premium Beautiful. 


Menyesal bertangguh pakai. You all kalau dah pernah baca atau tahu tentang PB, cepat-cepat contact Wani as your PB Expert untuk try PB. Hasil berPB memang meletop!

WELCOME APRIL