Tengah buat ape tu awak-awak semua? Tengah kerje ke? Atau tengah lunch? Maklum la hari jumaat kan selalunya lunch awal dan lama. Wani belum lunch lagi. Kejap lagi wani nak ke rumah mertua. Mak mertua wani jemput makan dirumah dia. Hehehe... Jangan la jelez uolss.. Memang kadang-kadang bila hari jumaat my MIL selalu jemput kerumah dia untuk makan.
Berbalik kepada tajuk yang diatas, sebenarnya hari tu business group we oulss ada buat photoshoot. So kami diberi tema corporate atau juga dikenali sebagai hitam, kuning dan grey. Dah macam pekerja maybank pulak atau pun pemain bola sepak harimau malaya. Hahaha...
So, teaser dia adalah seperti berikut :
Wani pilih Jubah Abaya Kembang je coz tak sempat nak cari sekirt mekert semua... Hahaha busy sungguh iolls ni.. Jubah ni wani beli dari adik ipar wani yang bekerja sebagai stewardess di Saudi Airlines. Hampir kesemua jubah dalam almari wani semuanya wani beli dari dia...
Ok... Masuk bab tudung pulak.. Actually bukan tudung tapi shawl dan wani memilih warna kuning sebab nak dipadankan dengan niqab yaman yang semestinya warna hitam... Shawl wani murah je. 20 hinggit je. Wani beli kat giant bayan baru tu.. Memang shawl kosong je tapi agak lebar dan panjang. Sesuai la dengan imej wani sebagai wanita yang memakai tudung labuh.
Then, last minute (sehari sebelum photoshoot) wani ajak husband wani ke queensbay untuk cari blazer. Alhamdulillah setelah jelajah hampir 10 shoplot, akhirnya wani jumpa satu blazer di Padini berwarna grey. Dan size pun ok dengan wani so, tunggu apa lagi, iolss rembat terus satu.
Untuk kasut pulak haruslah heels.. Baru nampak tinggi sikit. Hehehe... Heels wani tak perlu beli coz sememangnya wani banyak heels. Heels yang jarang pakai juz beli untuk suka-suka je. Tapi bukan tak pakai terus ye... Pakai untuk hari-hari tertentu je.
Jom layan gambar persediaan photoshoot dibawah :D
Inilah ootd wani pada hari photosoot nanti |
Ni la heels wani. Tak la tinggi sangat cuma 4 ke 5 inch je... hehe |
Heels yang lain-lain tu wani google je... Saja je nak jamu mata uolss semua. Cantikkan!!
Ok... Setakat ini sahaja teaser wani untuk photoshoot. Sampai jumpa lagi..
Salam sayang semua...
No comments:
Post a Comment