Showing posts with label ootd premium beautiful. Show all posts
Showing posts with label ootd premium beautiful. Show all posts

Monday, 27 July 2020

TIPS SELFIE ON POINT


Hari ni Wani nak share tips yang hampa semua mesti suka. Tips selfie. Haa... Suka dak?

Hihihi...

Kalau hampa nak selfie hampa on point, ikut tips ni okeh!

1. Selfie belakang langsir yang tengah jadi trend sekarang ni. Jangan depan langsir tau!

2. Selfie luar rumah time matahari tengah menerang. Dalam kereta pun cun sehhhh!

Hampa folo je 2 tips ni, selfie hampa memang on point tau.

Selamat mencuba.












Friday, 13 July 2018

Friday, 22 December 2017

TEASER : DIAMOND NIGHT DEC 2017

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Salam Asar. Lama kita tak bersua ya. Korang rindu Wani tak? Maaf sebab Wani agak busy kebelakangan ni.

Okies. Now kita berbalik kepada tajuk Wani. Esok Wani akan ke Kuala Lumpur untuk attend Evemt Shom iaitu Diamond Night dan sekaligus meraikan para usahawan-usahawan hai-o yang telah mencapai point untuk diraikan di pentas. Ade 3 kategori iaitu, Diamond Sales Manager (180,000k sales), Double Diamond Manager (720,000k sales), dan Penerima Tabung Kereta. Tahniah Wani ucapkan kepada mereka semua kerana berjaya hingga ke tahap ini. Wani juga akan jadi seperti mereka ini yang tak jemu untuk berusaha mengembangkan team Wani ke seluruh negara. Doakan we olls ye.

Hehe nak tahu ke ape yang wani akan pakai esok? Jom kita ushar dibawah.

Eh... Esok ada tema tau. Temanya ialah Fairy Tale. Curlasss kau. Ala-ala princess gitu.

Baju/Jubah/Dress : Dress bywaniameen
Tudung/Shawl : Shawl bywaniameen
Niqab : From Saudi Arabia
Accessories : Flower Ring & Bracelet bywaniameen
Handbag : Mango
Kasut/Heels : Vincci



Sila jamu my flatlay terlebih dahulu ye.
Heels di dalam almari kasut.


Dan yang penting dan wajib pakai, tak lain tak bukan adalah premium beautiful corset even wani pakai jubah sekali pun. Baru lebih confident, bergaya dan anggun.

Eh... Membebel panjang pulak wani ni. Nantikan update dari Wani ye untuk full ootd and full story untuk event esok di lain entry.

Bye. Selamat bertea time uolss.

Monday, 2 October 2017

HELLO OKTOBER


Alhamdulillah... Kita bersua kembali dalam alam maya. Selamat malam semua. Dah tido ke tu? Ke baru nak dinner? Hehehe...

Pejam celik-pejam celik kejap je dah masuk bulan oktober. Rasa cepat sangat masa berlalu meninggalkan kita. Bersediakah kita untuk menghadapi tahun 2018 yang semestinya lebih mencabar dari tahun 2017?

Kan... Rasa macam tak percaya sekarang ni dah masuk bulan 10. Tapi itulah hakikat yang kita perlu hadapi. 

Apa-apa pun, Wani doakan korang semua, followers dan readers kesayangan Wani sentiasa maju jaya dalam hidup korang dan sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak oleh Allah S.W.T.

Korang doakan Wani ye menjadi seoran yang berguna dan sentiasa membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Dan doakan Wani mendapat sales 50K untuk business yang Wani jalankan ye.

Ameen

Ootd 1 oktober 2017. Apa la yang di cari dalam beg tu?
Maybe kunci kereta. Hehehe

Monday, 17 July 2017

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat petang rakan bloggers yang Wani kasihi. Mesti uolss semua tertanya-tanya kenapa blog wani menyepi agak lama kan. Sekejap lagi wani story kat uolss tau. Uolss rindu Wani dan Wani pun rindu uolss juga. Ni wani belanja uolss ootd pertama dan kedua Wani.



Masih belum terlewatkan untuk Wani wish korang Selamat Hari Raya Aidilfitri pada uolss semua. Raya kan sebulan. Korang masih dalam mood raya lagi ke? Banyak lagi kan open house setiap minggu. Sedapnya ketupat, lemang, rendang bagai... 

Tanggal 14 Jun 2017 bersamaan dengan Ramadhan ke-19, bapa mertua Wani kemalangan dan admit Penang General Hospital sehinggalah 29 Jun 2017 bersamaan dengan Syawal ke-5, kami sekeluarga mendapat berita mengejutkan dari Pihak Hospital. Bapa mertua Wani telah pergi meninggalkan kami semua secara tiba-tiba...

Itulah sebabnya yang membuatkan Wani agak busy lately ni sebab hari-hari tetamu datang rumah untuk ziarah MIL dan untuk tahlil kepada Arwah. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada bapa mertua Wani...

Sekian sahaja untuk story hari ni. Semoga kita bertemu di lain entry. Ameen...

Salam sayang untuk uolss semua tau. Muackzz...