Wednesday, 30 April 2014

APRIL

Selamat Tinggal APRIL!



BEDAK ASAS KOMPAK BB CREAM SPF 25 PA+++

Hai semua...

Jom baca serba sedikit tentang bedak asas cozuma ni.

KULIT SEMPURNA DAN SEHALUS SUTERA – KEMASAN HEBAT – KEKAL PUSAM BERJAM-JAM LAMANYA
Bedak asas kompak BB Cream ringan dari COZUMATM difomulasikan dengan adunan eksklusif ramuan semulajadi untuk menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang roma lalu mengembalikan keserian dan kemulusan kulit wajah.
Kulit akan kelihatan segar, halus dan berseri.
  • KULIT CANTIK TANPA CELA, SEHALUS SUTERA: Teknologi eksklusif dari Jepun dengan formulasi kompak 'krim ke bedak' yang dapat menghalus dan menyerikan semua jenis kulit.
  • KULIT HALUS BERSERI: Ramuan semula jadi yang diadun sempurna untuk menjadikan kulit wajah mulus dan tanpa cela.
  • KEKAL PUSAM SEMULAJADI SELAMA BEBERAPA JAM: Sekurang-kurangnya 10 jam wajah tanpa kilauan dengan tekstur ringan yang hebat.
  • BEKAS KOMPAK YANG KEDAP UDARA


PELUANG PANAS | SIDE INCOME

Assalamualaikum dan Selamat Petang readers!


Good News!

Kepada pembaca blog wani, yang teringin ataupun baru nak memulakan business online. Today, wani nak tawarkan beberapa pakej untuk memulakan perniagaan kepada anda semua. Semua  hanya mengikut pilihan anda. If nak start dengan modal yang rendah pun boleh, nak start dengan modal yang besar pun boleh... Sangat-sangat dialukan. Hanya dengan follow step-step yang diajarkan kepada anda. 

Zaman sekarang ni ramai yang masih tercari-cari peluang untuk membuat side income. So, apa kata korang semua cuba buat business online dengan wani.. Modal untuk business ini sangat-sangatlah flexible sehinggakan STUDENT dan SURIRUMAH pun ramai yang buat business ni. InsyaAllah pasti ada hasil yang menanti... Just Do IT!


Let's be one of GLAMpreneur and Enjoy! Contact me ya


Nurhazwani Ameen Binti Kamarul Ameen
014-7424304 (sms @ whatsapp)
princessnur870527@gmail.com

Sunday, 27 April 2014

Saturday, 26 April 2014

TINTED KENDERAAN?

Pengguna Tinted Kena Baca Ni, Kalau JPJ Saman, Kemuka kan Fakta Ini


ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT | Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.

Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal   ini, seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya:
APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?
Jika BOLEH:
Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.
Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.
Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.
Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.
Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.

Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.


Thursday, 24 April 2014

FUNGSI JTX AIR TRACKER

Hi readers! Hari tu Wani dah ceritakan serba sedikit tentang JTX AIR TRACKER. Cuma Wani tak ceritakan ape fungsi JTX AIR TRACKER tu kan. Korang semua nak tahukan ape fungsi JTX AIR TRACKER tu sehingga menjadi produk yang hot walaupun baru je launching. So, malam ni Wani nak sambung cerita tentang fungsi jtx air tracker... Jom sambung baca... Zassss......

  • meningkatkan prestasi enjin
  • mengurangkan enapan karbon di dalam enjin
  • menjimatkan penggunaan petrol/bahan api melalui peningkatan nisbah pembakaran bahan api
  • enjin menjadi lebih senyap
  • anti kepanasan enjin
  • memanjangkan jangka hayat enjin
  • mengurangkan pelepasan karbon monoksida dari ekzos

Nak order JTX AIR TRACKER? CONTACT WANI YE... 014-7424304

TIPS NAIKKAN SERI WAJAH

Assalamualaikum readers... Kali ni, Wani nak sharekan tips-tips untuk naikkan seri wajah. Tak kisah la yang nak naik pelamin ke, ataupun yang sudah naik pelamin... Hehehe... Takpe, bukan khas untuk yang nak naik pelamin je. Jom kita amalkan sama-sama.


Cara 1

Seri Wajah : Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan
pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi
insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

 Cara 2

Ambil, embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran )
dan sapukan ditapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

Cara 3

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

Cara 4

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…

SELAMAT MENCUBA YE  SAYANG-SAYANG SEMUA :-)

KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI



Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat | Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Khafi Pada Hari Jumaat

( H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam

Monday, 21 April 2014

GLAMUTARA 22 APRIL 2014

GOOD NEWS... Kelas GLAMUTARA esok malam akan dihadiri oleh our founder CDM Hanis Haizi dan CDM Razali Zain. CDM Razali Zain akan berkongsi about#jtxairtracker. Mesti korang semua nak tahu tentang product yang BOLEH MENJIMATKAN PETROL KENDERAAN ANDA dan SEKALIGUS MENJAGA ENJIN KENDERAAN ANDA SEMUA. Memang tak sia-sia pergi kelas dan bertambah-tambah excited lagi.

ANYONE yang nak FOLLOW, JANGAN MALU JANGAN SEGAN. CEPAT-CEPAT PM ATAU MSG WANI at 014-7424304.




5 FAKTOR PUNCA GEMUK

Selamat Petang readers!



Secara umumnya, masih ramai lagi di antara kita yang tidak dapat mengenal pasti apa punca seseorang itu menjadi gemuk. Selain fator pemakanan yang tidak menentu terdapat beberapa lagi perkara yang menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk. Antaranya:-

1. Makan makanan rendah/bebas lemak
- Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.


2. Tidur terlalu sedikit/banyak
- Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.



3. Minuman bergas
- Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.



4. Elak waktu makan
- Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.


5. Makan terlalu cepat
- Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.



Sunday, 20 April 2014

APA ITU JTX AIR TRACKER?



JTX Airtracker menukar molekul udara menjadi struktur molekul yang sangat halus. Jadi, bahan api dapat dibakar sepenuhnya secara lebih optimum. Keadaan ini meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. Selain itu, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin.
JTX Airtracker bukan sahaja dicipta untuk menjimatkan bahan api, ia juga membantu memelihara alam sekitar. Bahan api yang dibakar sepenuhnya mengeluarkan kurang karbon monoksida yang akhirnya mengurangkan pelepasan karbon ke kawasan persekitaran.

Petikan ini Wani buat dalam DWIBAHASA supaya mudah bagi mereka yang tidak memahami bahasa melayu. 

Below sentences is in ENGLISH languages for those who can't understand in MALAY. Enjoy readings.

JTX Airtracker converting air molecules into a very fine molecular structure. So, the fuel can be burned completely in a more optimal. This increases the performance of the engine with the piston movement smoother and save fuel. In addition, it helps extend engine life. 

JTX Airtracker not only designed to save fuel, it also helps preserve the environment. The fuel is burned completely emit less carbon monoxide, which ultimately reduce carbon emissions into the environment.


Saturday, 19 April 2014

STATUS PARA ISTERI TERLALU ISTIMEWA

PERBUALAN SEORANG SUAMI DENGAN SEORANG USTAZ

En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.

Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.

Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.

En suami : .... tapi kan ustaz.... 
Ustaz : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.


"Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya."
Subhanallah!!

BERJAYA VS GAGAL


Sikap Orang Yang BerjayaSikap Orang Yang Gagal
  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain
  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah

TIPS UNTUK BERJAYA
  1. Kuasai masa anda. "Kegagalan untuk merancang adalah perancangan untuk gagal".
  2. Keputusan ditangan anda. Jangan biarkan orang lain menghalang anda."Orang lain boleh menghalang anda buat sementara tapi hanya anda seorang sahaja yang boleh melakukannya buat selamanya.
  3. Hapuskan ketakutan."Jika anda takut untuk mencuba, anda tidak akan pernah gagal tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap yang positif.
  5. Gambaran minda."Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah satu perjalanan, anda perlu gambarkan arah mana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif.
  7. Capai sebarang peluang mendatang."Peluang hanya datang sekali".
  8. Tulislah matlamat anda dan semaklah selalu.
  9. Ambil tindakan sekarang. Jangan cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words"."1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik, 99% adalah hasil usaha".

SURAH MURAH REZEKI



Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki
Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya). 

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah


Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 

REZEKI

Kenapa rezeki rasa macam semput?
Mintak kerja tak dapat-dapat...
Ada kerja tapi rasa tak best
Duit gaji rasa tak cukup 
Ada je rasa tak kena di tempat kerja...

Let me explain....

1. Kena kenali siapa pemberi rezeki (Allah)
2. Kena kenali siapa kita (Hamba)

Hamba yang buat Allah s.w.t gembira pasti akan dapat rezeki yang banyak, berkat dan di redhai...

So... Gembirakanlah Allah maka kita akan murah rezeki.

Dan perlu ingat rezeki itu bukan sekadar duit malah lebih daripada itu, rezeki juga adalah apa sahaja yang kita dapat yang menjadikan kita rasa best!! Contohnya...

Duit gaji, hati tenang, tak sakit, kereta tak rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai-pandai dan berakhlak mulia dan macam-macam lagilah...

Tanda-tanda rezeki berkat basically ada 4 perkara. Kalau kita tak ada 4 benda ini selama mana kita bekerja dan menerima gaji maka cepat-cepatlah muhasabah diri... Adalah yang tak kena dengan kehidupan seharian kita... BUKAN ORANG LAIN!!


"Sesungguhnya bekerja mencari yang halal itu merupakan kewajipan setelah ibada fardhu." Riwayat Baihaqi

INSPIRATIONAL QOUTES OF THE DAY

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being.
- Kevin Kruse

Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve. 
- Napoleon Hill

Strive not to be a success, but rather to be of value. 
- Albert Einstein

I attribute my success to this: I never gave or took any excuse.
- Florence Nightingale

You miss 100% of the shots you don’t take. 
- Wayne Gretzky

I’ve missed more than 9000 shots in my career. I’ve lost almost 300 games. 26 times I’ve been trusted to take the game winning shot and missed. I’ve failed over and over and over again in my life. And that is why I succeed. 
- Michael Jordan

The most difficult thing is the decision to act, the rest is merely tenacity. 
- Amelia Earhart

Definiteness of purpose is the starting point of all achievement. 
- W. Clement Stone

Life is what happens to you while you’re busy making other plans. 
- John Lennon

We become what we think about. 
- Earl Nightingale

Life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it. 
- Charles Swindoll


PROJECT DUIT RAYA

Assalamualaikum and morning readers!

Korang semua tahu tak bila Umat Islam nak sambut puasa dan raya? Wani saje je check kalendar tadi, dan mengikut perkiraan Wani, lebih kurang 70 hari je lagi kita semua nak sambut bulan Ramadhan dan 100 hari je lagi kita semua nak sambut Raya Aidilfitri. Macam lame je lagi kite semua nak sambut semua tu, tapi percaye la, pejam celik-pejam celik dah puasa... Dan pejam celik-pejam celik dah nak raya pulaksss... Betul tak? Duit pun banyak yang nak gune untuk persiapan raya... kan... kan... kan....

Cepatkan mase sekarang berlalu. So, kite semua hendaklah manfaatkan mase yang ade tu dengan betul-betul. So, disini Wani nak kongsikan dengan readers blog Wani tentang "PROJECT DUIT RAYA" bersama-sama dengan TEAM THE DIAMOND CIRCLE. Bunyi macam best. TAPI bagi Wani, MEMANG BETUL-BETUL BEST bukan macam best lagi. Ape yang BEST SANGAT tu? Korang nak tau tak? MESTILAH NAK TAU KAN tambah-tambah bab nak tambah duit poket untuk raya dan di masa hadapan.

OK, Wani pun taknak la bercerita tanpa tunjukkan bukti APA ITU "THE DIAMOND CIRCLE". Nanti korang cakap Wani menipu pulaksss... Hahaha... Yang mane yang percaye pada Wani, Insha Allah, kite buat dengan bersungguh-sungguh dan kepada yang masih ragu-ragu atau fikir Wani ni penipu, tolongla jauhkan negative thinking tu dari minda korang semua. Sampai bila kita nak maju ke hadapan kalau asyik pikir negatif je kan? Kalau boleh buang terus "NEGATIVE THINKING" tu dari minda sebab korang semua takkan kemane pun kalau pikiran negatif menguasai diri korang semua. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI, INSHA ALLAH, KAMU AKAN BERJAYA!!! AMEEN...

Korang tak perlu risau if korang tak pandai berniaga, tak pandai nak promote atau lain-lain. Semuanya akan diajar dari A hingga Z. Sampailah korang rase, korang tak perlu diajar. Semuanya just thru online je. Tak perlu pergi ketuk rumah orang untuk jual barang. Senangkan!!! Just Contact Wani untuk free Consultant. 014-7424304.

INILAH BUKTI TEAM THE DIAMOND CIRCLE, HANIS HAIZI AND SHALIZA ZIZ DI KL


BIZNES NI BUKAN UNTUK PEREMPUAN SAJE TAU. LELAKI PUN BOLEH BUAT JUGA!
YANG NAK SERTAI WANI, BOLEH CALLING-CALLING WANI DI NOMBOR YANG TERTERA!




Tuesday, 15 April 2014

KELAS BLOG?

Hai, hai, hai semua....

Today Wani nak ceritakan tentang kelas blog yang Wani hadir pada Sabtu lepas. Kelas blog? FREE OF CHARGE tau! Free? Biar betulkan. Zaman sekarang ni sape la yang baik hati sangat nak mengajar free? Hehehe... Alhamdulillah, dengan business yang Wani buat ni, semua free. Tapi kena gak bayar yuran tempat. Setakat rm10-rm20 seorang tak berbaloi dengan ILMU yang disampaikan. Memang best la. FREE COACHING & FREE CLASS WITH GLAMUTARA, THE DIAMOND CIRCLE.

Sesi pembelajaran


Berbalik kepada cerita kelas blog tadi, memang happening la. Cikgu yang mengajar kelas blog tu, tak lain tak bukan adalah Wani punya mentor, Nurul Ain Zulkarnaind. Terima kasih banyak-banyak la Kak Wani ucapkan kepada Ain yang sanggup buat kelas blog ni. Jom semua kite tengok gambar-gambar ketika kelas blog berlangsung.

Our Beloved Mentor, Nurul Ain Zulkarnaind sedang busy beri penerangan
tentang blog.
Seperti biasa, after class, WAJIB ada sesi bergambar with all GLAMUTARA, THE DIAMOND CIRCLE





Sunday, 13 April 2014

JOM MINUM AIS BLENDED

Selamat Petang readers! 

Petang yang panas ni Wani nak kongsikan satu resepi yang boleh menghilangkan dahaga dan mengenyangkan perut anda semua...

Jeng... Jeng... Jeng....



Korang tak terliur ke?? Wani tengok pun dh terliur berkali. Tambah petang-petang camni. Lagi la. Tapi, yang gambar atas ni bukan dua-dua untuk Wani. 1 for me, 1 for him... Siapa lagi kalau bukan MR Right Wani... Hehehe... Husband Wani memang suka minum Mineral Coffee ni tak kira la pagi ke, malam ke, petang ke. Dia cakap sedap, dan bagus untuk orang yang nak diet. Ok, sekarang wani nak kasi resepi Ice Blended Mineral Coffee lak..


Bahan-Bahan

1 sachet mineral coffee
2 sudu susu pekat manis
Air panas suku cawan
1 gelas ais ketul
3 scoop ice cream vanilla

CARA-CARA NAK BUAT

Bancuh Mineral Coffee dengan air panas dahulu, kemudian campurkan semua bahan sekaligus dan blend sampai ice hancur...


SELAMAT MENCUBA!!

Nak beli Mineral Coffee? Boleh sms, whatsapp, pm Wani kat FB atau di nombor di bawah ini 014-7424304.