Ada juga orang panggil "pelapik tilam ajaib" dan segelintir memanggilnya "selimut dhuha". Adakah Bio Velocity Sleep Mate ini memang ajaib atau ianya hanya boleh digunakan pada waktu Dhuha(terbit fajar)?
Bio Velocity Sleep Mate memang ajaib tetapi ia bukan hanya digunakan pada waktu Dhuha(terbit fajar) sahaja. Bio Velocity Sleep Mate ini sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua anda berada ye!
Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam semalam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.
Di antara kebaikan cukup tidur ialah:
1. Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.
2. Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.
3. Kurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.
4. Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.
5. Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.
6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.
7. Membantu menurunkan berat badan
Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.
8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif
Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas)
Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.
9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)
Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.
10. Membantu memperbaiki sistem badan
Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.
Medan Tenaga Manusia
Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.
Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.
Tidur Yang Berkualiti
Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari.
Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.
BV Sleep Mate
Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate
BERMINAT UNTUK DEMO 10 SAAT DENGAN
BIO VELOCITY SLEEP MATE?
Wani Ameen
014-7424304
princessnur870527@gmail.com
(utara)
perlis | alor star | jitra | sungai petani | kulim | kepala batas | penang | taiping | ipoh | perak
No comments:
Post a Comment