Thursday, 24 April 2014

TIPS NAIKKAN SERI WAJAH

Assalamualaikum readers... Kali ni, Wani nak sharekan tips-tips untuk naikkan seri wajah. Tak kisah la yang nak naik pelamin ke, ataupun yang sudah naik pelamin... Hehehe... Takpe, bukan khas untuk yang nak naik pelamin je. Jom kita amalkan sama-sama.


Cara 1

Seri Wajah : Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan
pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi
insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

 Cara 2

Ambil, embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran )
dan sapukan ditapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

Cara 3

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

Cara 4

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…

SELAMAT MENCUBA YE  SAYANG-SAYANG SEMUA :-)

No comments:

Post a Comment