Showing posts with label success. Show all posts
Showing posts with label success. Show all posts

Sunday, 1 March 2015

HELLO MARCH


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Tak sangka sekejap je kita semua dah masuk bulan march 2015. Rasa macam baru semalam je kita sambut new year but now dah March. Chapter 3 of 12.

Semoga bulan march ni memberi lebih banyak good news kepada wani dan juga family wani dan juga uolss semua. Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan negara dan juga family kita. Semoga kita semua terus sukses dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ameen.

Saturday, 19 April 2014

BERJAYA VS GAGAL


Sikap Orang Yang BerjayaSikap Orang Yang Gagal
  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain
  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah

TIPS UNTUK BERJAYA
  1. Kuasai masa anda. "Kegagalan untuk merancang adalah perancangan untuk gagal".
  2. Keputusan ditangan anda. Jangan biarkan orang lain menghalang anda."Orang lain boleh menghalang anda buat sementara tapi hanya anda seorang sahaja yang boleh melakukannya buat selamanya.
  3. Hapuskan ketakutan."Jika anda takut untuk mencuba, anda tidak akan pernah gagal tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap yang positif.
  5. Gambaran minda."Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah satu perjalanan, anda perlu gambarkan arah mana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif.
  7. Capai sebarang peluang mendatang."Peluang hanya datang sekali".
  8. Tulislah matlamat anda dan semaklah selalu.
  9. Ambil tindakan sekarang. Jangan cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words"."1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik, 99% adalah hasil usaha".

SURAH MURAH REZEKI



Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki
Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya). 

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah


Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 

REZEKI

Kenapa rezeki rasa macam semput?
Mintak kerja tak dapat-dapat...
Ada kerja tapi rasa tak best
Duit gaji rasa tak cukup 
Ada je rasa tak kena di tempat kerja...

Let me explain....

1. Kena kenali siapa pemberi rezeki (Allah)
2. Kena kenali siapa kita (Hamba)

Hamba yang buat Allah s.w.t gembira pasti akan dapat rezeki yang banyak, berkat dan di redhai...

So... Gembirakanlah Allah maka kita akan murah rezeki.

Dan perlu ingat rezeki itu bukan sekadar duit malah lebih daripada itu, rezeki juga adalah apa sahaja yang kita dapat yang menjadikan kita rasa best!! Contohnya...

Duit gaji, hati tenang, tak sakit, kereta tak rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai-pandai dan berakhlak mulia dan macam-macam lagilah...

Tanda-tanda rezeki berkat basically ada 4 perkara. Kalau kita tak ada 4 benda ini selama mana kita bekerja dan menerima gaji maka cepat-cepatlah muhasabah diri... Adalah yang tak kena dengan kehidupan seharian kita... BUKAN ORANG LAIN!!


"Sesungguhnya bekerja mencari yang halal itu merupakan kewajipan setelah ibada fardhu." Riwayat Baihaqi

INSPIRATIONAL QOUTES OF THE DAY

Life isn’t about getting and having, it’s about giving and being.
- Kevin Kruse

Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve. 
- Napoleon Hill

Strive not to be a success, but rather to be of value. 
- Albert Einstein

I attribute my success to this: I never gave or took any excuse.
- Florence Nightingale

You miss 100% of the shots you don’t take. 
- Wayne Gretzky

I’ve missed more than 9000 shots in my career. I’ve lost almost 300 games. 26 times I’ve been trusted to take the game winning shot and missed. I’ve failed over and over and over again in my life. And that is why I succeed. 
- Michael Jordan

The most difficult thing is the decision to act, the rest is merely tenacity. 
- Amelia Earhart

Definiteness of purpose is the starting point of all achievement. 
- W. Clement Stone

Life is what happens to you while you’re busy making other plans. 
- John Lennon

We become what we think about. 
- Earl Nightingale

Life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it. 
- Charles Swindoll