Thursday, 19 May 2016

FOOD REVIEW : FRIED BANANA CHEESE

Selamat malam semua. Tengah buat apa tu sahabat-sahabat blogger yang cantik dan tampan sekalian. Dah tunaikan kewajipan pada Yang Esa ke belum? Alhamdulillah kalau dah tunai, yang belum tu, segerakanlah tunai kewajipan anda itu.

Berbalik pada tajuk diatas. Siapa yang gemarkan GORENG PISANG CHEESE? atau dalam english dipanggil, FRIED BANANA CHEESE? Cer angkat tangan sikit... Hehehe... Kalau uols, uols suka flavor ape? Makan dimana selalu? 

Wani pula bukan penggemar goreng pisang, tetapi once fried banana cheese ni keluar dalam tv, kawan-kawan yang dah pernah makan pun sebut-sebut selalu, dari bukan penggemar goreng pisang, rasa membuak-buak ingin tahu Fried Banana Cheese tu macam mana. Cari punya cari, kebanyakannya di sekitar KL. Maklum la, kalau turun KL pun, tumpang orang. Bukan drive sendiri, takkan nak minte die orang berhentikan kereta pula kan!

So, Wani pendam je rasa nak makan itu sampailah one day, adik bongsu wani kasi tahu dia nak berniaga Fried Banana tu... Wani pun apalagi, bagai pucuk di cita, ulam mendatang la.

Hari pertama lagi, Wani dah singgah gerai dia yang terletak betul-betul dihadapan rumah parent kami, iaitu di Bukit Gedung, Bayan Baru, Penang. Husband Wani beli sekotak, Wani sekotak. Husband amik perisa caramel, wani pula ambil perisa chocolate. Terus, masuk je dalam kereta, terus rasa...
Ya Allah... Heaven nya rasa... Memang terangkat. Itulah kali pertama wani makan Goreng Pisang Cheese Chocolate dan juga Caramel. Dua-dua flavor ade rasa tersendiri. Sejak tu, kalau wani teringin nak makan je, terus pergi beli dengan adik sendiri yang memang terjamin bersih tempat kerjanya dan juga adik wani tak guna minyak peket ye... Dia guna minyak Seri Murni, Saji, Alif sebab mama wani memang tak benarkan kami menggunakan minyak peket walaupun untuk menjual makanan. 

Kalau uols teringin nak cuba Pisang Goreng Cheese adik wani, uolss boleh la datang penang di tempat tadi.. Ataupun call no adik wani terus di talian 013-4331630 (Hadi). Selain itu, uolss boleh follow IG dia yang bernama @friedbananacheese ye.

Kalau uolss nak tahu, di sana ade macam-macam flavor tau! Jom kita tengok flavor ape yang ade! 

TOP 5 RATING FLAVOR

1. CARAMEL

2. CHOCOLATE
sebenarnya takde kacang pun, maybe customer ni request kacang sekali
3. Butterscotch
Yummy... New flavor at there.. 
4. SAMBAL KICAP (ALA JAWA)
Sapa yang suka makan pedas tu, boleh cuba flavor ni... Memang terangkat dan puas hati la wani nak habaq kat hampa semua.
Salah satu fav wani juga
5. OREO

ANOTHER FLAVOR
1. STRAWBERRY

2. BLUEBERRY (Purple)
Tiada gambar

3. PANDAN (Hijau)
Tiada Gambar

4. WHITE CHOCOLATE

5. MANGO (Kuning)
Tiada Gambar

6. ORANGE (Oren)
Tiada Gambar

7. CINNAMON (Kayu Manis)
Tiada Gambar

8. NESTUM
Sebelah coklat, sebelah nestum.. Nyum Nyum...
9. GULA PERANG

10. NACHOS
Wani pernah try juga, sedap tak tau nak nak habaq camna.
12. HAZELNUT 
(Memang add on kacang)


13. MADU
Tiada Gambar

14. COCONUT FLAKES
Tiada Gambar

15. PELANGI (Super Special)

6 flavor mengikut warna masing-masing
Muka-muka gumbira dapat beli FBCCM
Boleh je nak request sebelah-sebelah. Masa order tu, gitau siap2 tau!
JOM LAYAN VIDEO BAWAH NI










Memang adik wani pelbagaikan lagi flavor dia... Sebab semua orang punyai citarasa yang berbeza kan!

Harga untuk sekotak (8-10 keping)

Biasa (Susu + Cheese)
RM 6

Special (Susu + Cheese + Flavor)
RM 7

Super Special (Susu + Cheese + xxx)
- Butterscotch 
- Pelangi (Rainbow)
RM 8

Sekian, cerita food review dari wani. Happy Readings uolss.

No comments:

Post a Comment