Friday 11 April 2014

MINERAL COFFEE

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua...

Entri Wani today adalah tentang kopi. Tapi bukan kopi biasa tau. bukan kopi kapal api yang selalu ade di warung-warung, restoran atau supermarket. Insha Allah, kopi ini akan memberikan kelainan kepada penggemar-penggemar tegar kopi. Kopi yang Wani maksudkan ini adalah MINERAL COFFEE keluaran Hai-O Marketing.

APA ITU MINERAL COFFEE?

Aroma istimewa MINERAL COFFEE berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari KOREA. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.


RAMUAN

  • Kopi Robusta
  • Garam Buluh

KEBERKESANAN


  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.


CARA PENGAMBILAN

Bancuhkan sebungkus Hai-O Mineral Coffee dengan 150ml air panas, kemudian kacau hingga larut. Dan sedia untuk diminum.

No comments:

Post a Comment