Showing posts with label hati perempuan. Show all posts
Showing posts with label hati perempuan. Show all posts

Thursday, 14 May 2015

HATI PEREMPUAN REVIEW

Assalamualaikum dan selamat malam readers... Malam ni kita berceritakan Hati Perempuan drama melayu yang tengah hot tu ye...


Hari ni merupakan episode terakhir bagi drama slot akasia Hati Perempuan. Jalan cerita nya bagus sekali dan tidaklah membosankan sepertimana diperkatakan oleh sesetengah pihak. Bagi Wani, tak semestinya jalan cerita sesebuah drama itu kena sebijik-sebijik macam drama-drama yang lain. Mestilah nak ada something different kan... Barula orang yang tengok pun tak jemu untuk menontonnya.

Okeh... Jom kita tengok barisan pelakon Hati Perempuan :

Barisan Pelakon :

Syarul Ridzwan sbg Tengku Zaril
Mia Ahmad sbg Yuhanis
Hafreez Adam sbg Daniel Idrus
Hafeez Mikail sbg Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa sbg Tengku Zaqif
Zuhairi Ibrahim sbg Tengku Hazimi
Noniswara sbg Tengku Durahtul
Bella Nazari sbg Tengku Amilin
Mustaqem Bahadhon sbg Syed Ammar 
Azlan Azman sbg Nazim 
Beego sbg Umar 
Niena Baharun sbg Maisara 
Azhar Sulaiman sbg Tuan Izuddin 
Lia Asmizza sbg Edrina 
Hazwan Halim sbg Jefry 
Kuna Muzani sbg Safiah 
Ryiena Ismail sbg Umairah 
Khatijah Tan sbg Puan Sri Khadijah 
Aidil Aziz sbg Nizam 
Hanafi Rahman sbg Yazid
















LAGU TEMA / OST HATI PEREMPUAN
Lagu : Sampai Mati
Penyanyi : Hazama
Link : https://youtu.be/ZV4N6ktWwP0
Lagu : Takkan Pudar
Penyanyi : Ernie Zakri
Link : https://youtu.be/ynztvMJUlVI
Lagu : Bunga Dhia
Penyanyi : Aiman Sidek
Link : https://youtu.be/JAKCyIHSCV4
Lagu : Sakitnya Tuh Disini
Penyanyi : Tustel
Link : https://youtu.be/SsTgylDmfhI


NAMA MIA AHMAD SEMAKIN POPULAR

Assalamualaikum dan selamat malam readers tersayang...




Yuhanis atau nama sebenar beliau Shamiha Binti Ahmad Baderi semakin melonjak naik menerusi drama Slot Akasia Hati Perempuan. Beliau merupakan bekas pramugari Air Asia dan sekarang berjinak dengan dunia lakonan. Apa-apa pun, Mia Ahmad ni makin cantik jelita setelah bertudung. Kite doakan biarlah Mia Ahmad sentiasa menutup aurat dan jangan lupa diri.

Berbalik kepada cerita Yuhanis, beliau sangat comel dalam drama tersebut... Memang kenalah dengan watak yang dibawanya. Comel je.. Kadang-kadang terserlah kenakalan dia dalam drama tersebut. 

Biodata Penuh Mia Ahmad Pelakon Hati Perempuan :

Nama Penuh : Shamiha Binti Ahmad Baderi

Nama Panggilan : Mia Ahmad

Tarikh Lahir : 22.2.1988 (27 Tahun)

Asal : Taiping, Perak

Twitter : https://twitter.com/miaahmad

Instagram : https://instagram.com/mia.ahmad

Facebook : https://www.facebook.com/miaahmadofficial

Kerjaya : Freelance Model, Model Iklan dan Pelakon.

Drama & Telefilem : Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan 2015.

Setakat ini saja Biodata Penuh Mia Ahmad.

SYARUL RIDZWAN KIAN MENJADI SEBUTAN RAMAI

Assalamualaikum dan selamat malam readers...


Tengku Zaril atau nama sebenar beliau adalah Syarul Ridzwan kian menjadi sebutan ramai di kalangan peminat peminat drama Slot Akasia. Dengan perwatakan yang ego, bongkak, tegas tetapi pada masa yang sama beliau seorang yang caring, mencuit hati dan beliau dapat mencuri setiap mata yang memandangnya.

Dalam drama ini menunjukkan beliau seorang yang ego tinggi tetapi dalam dunia realitinya, beliau adalah seorang pencinta kucing dan juga memelihara kucing adalah merupakan salah satu hobi beliau.

Biodata Penuh Syarul Ridzwan Pelakon Drama Hati Perempuan TV3:

Nama Penuh : Mohd Saharul Ridzwan Hashim

Nama Popular : Syarul Ridzwan

Tarikh Lahir : 26 January 1989 (26 Tahun)

Agama : Islam

Asal : Kuantan, Pahang

Kerjaya : Model, Pelakon dan Pengacara

Hobi : Pelihara Kucing



Facebook : https://www.facebook.com/pages/Syarul-Ridzwan/453366944765246

Pendidikan : Diploma In Aircraft Maintenance Technology


Pencapaian : Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012
Drama atau Telefilem yang pernah Syarul Ridzwan bintangi : Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, Love You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan, Hati Perempuan 2015.
Okeh... Setakat ini sahaja perkongsian Biodata Penuh Syarul Ridzwan.