Showing posts with label therapants penang. Show all posts
Showing posts with label therapants penang. Show all posts

Monday, 23 February 2026

5 TAHUN MENYEPI... KINI KEMBALI SEBAGAI THERA EXPERT

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua readers yang Wani sayangi... Dah lama kan Wani tak update blog... Dah bersawang blog kite ni 😂

Sebenarnya dah 5 tahun blog ni sepi tanpa new update. Bukan kerana hilang minat... tetapi kerana Wani tak punya masa untuk update dan memandangkan Wani lebih fokus pada social media yang lain seperti Tiktok, FB dan IG dan Wani juga sedang membina sesuatu dalam diam.

Alhamdulillah, hari ni Wani kembali.
Bukan sekadar untuk menulis... Tetapi untuk memperkenalkan versi baru diri Wani. Wani kini secara rasmi bergelar Thera Expert 🎉🎊

Perjalanan ini bukan sehari dua. Ia penuh dengan proses,pembelajaran, pengalaman, dan juga jatuh sebagai seorang usahawan yang work from home 😀

Doakan Wani ye semua...




Thursday, 18 March 2021

RESEPI 'GEMBIRA' DALAM 'HIDUP'


1. Jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.

2. Jaga hubungan dengan ibu bapa kita.

3. Sayangi diri sendiri.

4. Jujur dan amanah dalam perhubungan.

5. Mengembara dan memuji kebesaran Allah s.w.t.

6. Buat apa yang kita suka. Cinta apa yang kita buat.


Insha Allah, follow 1 by 1 resepi ni, pasti akan bahagia.

Ameen.

Saturday, 31 October 2020

ANAK, REZEKI KURNIAAN ALLAH .S.W.T


REZEKI.

Ade seorang team leader nampak pasal pakej IVF ni masa dia ke hospital tempih hari. Boleh tahan juga kan. Hmmm rezeki masing-masing ada yang senang sangat nak pregnant siap kena pakai protection. Ada yang senang dapat senang buang pun ada. Ada yang bertahun-tahun lama usaha pun belum lagi diberikan rezeki.

Penutup 2020 tak lama lagi, soklan-soklan CEPU CEMAS maut macam "berdua jek ke? Tanak beranak ke? Dah lama kawin tanak anak lagi ke? Tengok anak makcik tu berderet anak dia?" Soklan-soklan camnih kalau bersiaran langsung di telinga Wani, memang Wani sekolahkan sambil tersenyum.

Kepada ibu-ibu yang tak pernah putus asa berusaha ataupun sedang mencari alternatif untuk hamil, dengan kos yang sangat minima boleh mencuba gunakan korset Set Primadona Wani tuh.

Walaupun jaminan bukanlah pada Wani tapi tak salah kan mencuba. Alhamdulillah rata-rata customer yang mencuba, Allah s.w.t hadirkan juga rezeki. Yang penting kita ikhtiar saja.

Special harini for penutup Oktober, Wani nak bagi SEKOTAK PIL HERBA MAHARANI percuma dengan pembelian satu Therapants360 dan Long Bra Premium Beautiful at any sizes. Semoga ianya dapat membantu mempercepatkan proses kehadiran orang baru dalam hidup anda.



Nak tahu lebih details terus je PM/WA Wani di Ikhtiar Hamil Dengan Set Primadona

Apa yang Wani boleh bantu, Wani bantu. Ade few feedback juga yang Wani akan kongsikan.

Monday, 27 July 2020

TIPS SELFIE ON POINT


Hari ni Wani nak share tips yang hampa semua mesti suka. Tips selfie. Haa... Suka dak?

Hihihi...

Kalau hampa nak selfie hampa on point, ikut tips ni okeh!

1. Selfie belakang langsir yang tengah jadi trend sekarang ni. Jangan depan langsir tau!

2. Selfie luar rumah time matahari tengah menerang. Dalam kereta pun cun sehhhh!

Hampa folo je 2 tips ni, selfie hampa memang on point tau.

Selamat mencuba.












Wednesday, 8 July 2020

SIS USAHAWAN SHOM










Sis usahawan shom .

Almost semua produk shom sis guna. Dan sis amat berpuas hati dengan semuanya.

Alhamdulillah. 8 July today. Lagj beberapa hari je bonus dari shom pulak masuk. Best ke idok?

Wednesday, 1 July 2020

JULY 2020


Semoga July ini memberi sinar baru kepada kita semua.

Do your best among the best. Be who you are. BE YOU😍

Welcome July.

Monday, 8 June 2020

TIPS MUDAH BANGUN TIDUR


Alhamdulillah. Dah senin semula. Ade yang keje? Abah dan adik Wani cuti sempena Birthday Agong sabtu lepas. Hari ni juga kita dah masuk hari ke-16 dalam bulan Syawal.

Korang dah habis ke #puasa6 ? Wani baru 3 hari berpuasa ni. Doakan Wani bagi sempat puasa ye korang. Wani juga doakan korang untuk laksanakan puasa 6 ni. Tahniah untuk korang yang dah completekan puasa 6 korang awal-awal. Anda memang hebat dan awesome lah😎😎.

Pagi ni Wani nak share sikit tips untuk mudah bangun tidur. Tips ni Wani amalkan masa bulan Ramadhan hari tu. Alhamdulillah, sebelum jam bunyi, dah bangun sedia. Hihihi😎😎.

1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari.

2. Pastikan tidur yang mencukupi.

3. Bangun awal pada hari cuti.

4. Regangkan badan apabila bangun.

5. Ransang fungsi badan yang belum segar.

Selamat Mencuba gaesss😁😁