Monday, 17 July 2017

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat petang rakan bloggers yang Wani kasihi. Mesti uolss semua tertanya-tanya kenapa blog wani menyepi agak lama kan. Sekejap lagi wani story kat uolss tau. Uolss rindu Wani dan Wani pun rindu uolss juga. Ni wani belanja uolss ootd pertama dan kedua Wani.



Masih belum terlewatkan untuk Wani wish korang Selamat Hari Raya Aidilfitri pada uolss semua. Raya kan sebulan. Korang masih dalam mood raya lagi ke? Banyak lagi kan open house setiap minggu. Sedapnya ketupat, lemang, rendang bagai... 

Tanggal 14 Jun 2017 bersamaan dengan Ramadhan ke-19, bapa mertua Wani kemalangan dan admit Penang General Hospital sehinggalah 29 Jun 2017 bersamaan dengan Syawal ke-5, kami sekeluarga mendapat berita mengejutkan dari Pihak Hospital. Bapa mertua Wani telah pergi meninggalkan kami semua secara tiba-tiba...

Itulah sebabnya yang membuatkan Wani agak busy lately ni sebab hari-hari tetamu datang rumah untuk ziarah MIL dan untuk tahlil kepada Arwah. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada bapa mertua Wani...

Sekian sahaja untuk story hari ni. Semoga kita bertemu di lain entry. Ameen...

Salam sayang untuk uolss semua tau. Muackzz...

2 comments: