Sunday, 29 June 2014

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalamualaikum rakan-rakan bloggers! 

Malam ni kita dah mula terawih yang pertama dalam tahun 2014. Perbanyakkanlah amalan-amalan kamu ketika bulan ramadhan ni ye. Semoga puasa kita semua diterima oleh Allah s.w.t. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... 

Disini Wani sertakan niat berpuasa, niat puasa sebulan dan juga doa berbuka puasa. Lagi satu, tak salah kiranya kita niat puasa sebulan, dan tiap-tiap hari kita niat puasa untuk hari-hari punya. 


Thursday, 26 June 2014

12 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers. Wani nak share untuk korang semua 12 amalan pembuka pintu rezeki. Sama-samalah kita amalkannya ye. 



Monday, 23 June 2014

DIAMOND NIGHT FEVER - PART 1

Assalamualaikum dan selamat malam readers. 

Wani just came back from KL. Wani nak cerita la sikit-sikit about DIAMOND NIGHT masa Wani pergi semalam. 

Wani pergi untuk meraikan mentor Wani yang naik pentas pada malam tu. Biasa la kan, dah name pun mentor, sape lagi yang nak raikan mentor kalau bukan anak buah nya. Betul tak?

Mentor Wani Ain Zulkarnaind dapat naik pangkat sebagai Double Diamond Manager dan juga mendapat Car Fund pada malam itu. Tinggal lagi 1 step je untuk mentor Wani berjaya sebagai Crown Diamond Manager. 

Insha allah, satu hari nanti, Wani pun nak berjaya macam mentor wani juga. Ameen...

Looked! Ramai tak team kite orang? WE ARE THE DIAMOND CIRCLE!

Wani bersama business partner dari penang, kedah, dan kuala lumpur

Okies... Cerita wani belum habis lagi ya. Nantikan sambungannya pada post wani akan datang ye...

Saturday, 21 June 2014

CANT WAIT IT!

Assalamualaikum dan selamat pagi reader. 

Todays wani nak pergi KL. Bukan kandang lembu ye... Kuala Lumpur la. Wani pergi KL sebab malam ni ade DIAMOND NIGHT DINNER di MIECC, Seri Kembangan. Diamond Night ni bertujuan untuk meraikan business partner yang dapat anugerah pada malam ni. Tak sabar tau nak meraikannya bersama-sama glamprenuers The Diamond Circle. Maklumla nak melarams baju lawa-lawa, makeup cantik-cantik dan yang paling penting mengeratkan silaturrahim antara kami semua. Nantikan cerita seterusnya daripada Wani nanti ye!

Doakan perjalanan Wani bersama bisnes partner yang lain. Ameen.


PENAWAR!

Penawar untuk mengelak atau mencegah maksiat! Jom amalkan bersama-sama!


Thursday, 19 June 2014

PEMBERIAN ALLAH S.W.T

Good Morning bloggers!


HARGA SEGELAS SUSU


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran :: 
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.



Wednesday, 18 June 2014

BUKA MATA, BUKA MINDA

Waspada bajet lari lepas raya??? ALAMAK! Jangan risau kawan-kawan. Ini lah masanya kita nak sediakan back up sebelum raya dan selepas raya. Nak raya mesti nak pakai duit banyak kan. Lepas raya pun nak pakai duit juga. So elakkan 'pokai'. Let's do something. 


Sediakan payung sebelum hujan. 



Tuesday, 17 June 2014

KELEBIHAN PREMIUM BEAUTIFUL

Looked! Premium Beautiful Corset ini direka 70% untuk kesihatan dan 30% kecantikan. Untuk persediaan PUASA Ramadhan pun boleh. Sahabat yang dikasihi Allah swt yang mempunyai masalah gastrik sesuai sangat pakai bila bulan Ramadhan. Corset ini mempunyai FIR yang boleh menahan daripada sakit. Lebih lagi sekarang ada rebate RM150 dengan setiap pembelian korset classic dan elegance. PM me untuk percubaan dan pertanyaan lanjut. 0147424304.


Monday, 16 June 2014

DOA ISTERI SOLEHAH



Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk suaminya.. moga doa dimakbulkan Allah.. amin 

Saturday, 14 June 2014

Friday, 13 June 2014

KELEBIHAN BERPANTANG DENGAN PB

Dibawah ini adalah antara kelebihan berpantang dengan Premium Beautiful!.
Jangan tak percaya, kita juga boleh berpantang dengan PB. Tak perlu lagi bengkung tradisional yang menyiksakan tu.


Thursday, 12 June 2014

PANGGILAN SUAMI ISTERI


Ramai yang tidak tahu!
Makruh memanggil pasangan dengan panggilan abi, umi, mama, papa, papi, ibu, ayah, bunda, ayahanda, dan sebagainya yang bermaksud ayahku dan ibuku.

BACA DAN RENUNGKAN!



Tuesday, 10 June 2014

TANGGUNGJAWAB DAN SETIA



Assalammualaikum
rakan-rakan blogger Wani yang dikasihi Allah...

Sebahagian besar lelaki
menginginkan isteri yang
pandai meMASAK , pandai menJAHIT
dan CANTIK....

Tapi kita... (perempuan)
tidak menginginkan apa-apa dari
mereka selain dua hal:
TANGGUNGJAWAB dan SETIA....

Salam ukhwahfillah....
Sebarkan Cinta Sebarkan Doa

AMANAH DALAM URUSAN KERJA



SOLAT JAMA' DAN QASAR




SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama-sama dapat mengingati dan membetulkan apa yang kurang disamping menambah ilmu. 

Monday, 9 June 2014

SENI PERTAHANKAN DIRI




Hi girls, sekarang ni memang banyak betul kes-kes rogol, ragut dan bunuh yang melibatkan gadis-gadis. 

So, girls ada sedikit 'move' seni pertahankan diri untuk kamu semua.

Sunday, 8 June 2014

SET KEMPIS PERUT!




Perut Buncit? Dah cuba bermacam-macam jenis produk untuk kempis perut tapi tidak ade kesan? 

Cubalah set kempis perut ini dari wani. Memang berbaloi-baloi dan tidak menyakitkan. Tak percaya? Cubalah! Anda pasti teruja dengan nya.

Call Wani untuk order, 014-7424304.


Friday, 6 June 2014

PROJECT RAYAKAYA!!

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari uolss.. Uolss tau tak ape itu PROJECT RAYAKAYA? Project ini adalah untuk uolss semua yang betul-betul berminat untuk membuat perniagaan. Yela kan... Puasa dah nak dekat ni. Tinggal beberapa hari je lagikan.. Daripada uollss online FB/INSTAGRAM yang tidak mendatangkan untung, ape kate uolss buat bisnes dengan Wani. Boleh juga tambah pendapatan uolss untuk raya dan juga lepas-lepas raya nanti. Yela, ramai yang selalu kekurangan wang after raya. Mesti uolss pernah alamikan. 

Modal untuk project ini tersangatlah flexible. Bagi uolss yang betul-betul berminat, uolss boleh terus whatsapp/wechat/pm wani di nombor 014-7424304. Semuanya tunjuk ajar akan diberikan dari A hingga Z. 

Dari A hingga Z?
YESSS... Semua tunjuk ajar akan diberikan dari A hingga Z. Just pm wani... Uollss boleh pilih sekali berapa modal yang uolss nak keluarkan. 



Thursday, 5 June 2014

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA : MANA YANG DIDAHULUKAN?

(Dicopy sekadar pengetahuan)


Soalan :Akum. Sy ada beberapa soalan. 


1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan 
    keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak 
    lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? 
Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.

Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak 
dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut :

a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan 
diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika 
ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan 
begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” 
(Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis 
ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut 
(dalam hadis). 
(Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi 
Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun 
isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya 
-mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika 
isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut 
fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi
dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. 
Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib 
lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada 
mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya
 atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri 
sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib 
menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan 
anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri 
dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah
menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung 
semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak. 

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

SILA BERHATI-HATI KEPADA SEMUA!!




Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

Untuk kawan2 fb, blogger Wani just nak share ape yang berlaku pada kawan fb hari ni.

Lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)

darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!

Wednesday, 4 June 2014

ALERT!!


INFO PENTING BUAT PARA WANITA..!! 




Jangan di Abaikan.. BAGI YANG BUKAN WANITA SAMPAIKAN INI KE TEMAN2 WANITAMU.

Ketika anda masuk ke toilet umum, bilik hotel, fitting room, restoran, salon, spa dan lain-lain, kebanyakan dari anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding kelihatannya seperti cermin biasa...

Tapi sesungguhnya itu memang benar-benar cermin BIASA, atau itu cermin 2 ARAH (orang di belakang cermin itu bisa melihat anda, dan anda tidak dapat melihat mereka), seperti cermin pada ruang soal siasat balai polis yang sering kita saksikan di filem.

Banyak kes di mana orang asing memasang cermin 2 ARAH di dalam ruang ganti pakaian wanita atau di toilet wanita.

Sangat susah mengenalpasti permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Bagaimana menentukan dengan pasti apakah cermin itu adalah cermin BIASA atau cermin 2 ARAH..??

LAKUKAN TEST SEDERHANA or TEST KUKU JARI... Caranya, letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin :

Jika ADA jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku anda di cermin, bisa dikatakan itu adalah cermin BIASA... 

Jika TIDAK ADA jarak (gap), ertinya kuku anda lngsung menyentuh bayangan kuku anda di cermin itu adalah cermin 2 ARAH. Sebaiknya Segera Tinggalkan ruangan itu!

Ini cara sederhana tapi efektif, anda bisa menyelamatkan diri anda , anak gadis anda, teman wanita anda dari 'perkosaan visual'.

Banyak wanita tidak menyedari telah menjadi korban, ingat kes beberapa tahun lalu sekelompok artis dirakam aktivitinya di sebuah toilet studio photo.

Meski anda bukan artis, hal ini tetap dapat menjadi alat PEMERASAN dan lain-lain, teknologi sekarang memudahkan mereka beraksi merakam aktiviti peribadi anda di toilet dengan HP seharga 500 ribu...!! Bayangkan kalau itu di-upload di internet via Facebook, Twitter dan lain-lain. Ingatlah selalu.. Setiap kali anda melihat cermin di tempat umum tadi... Lakukan TEST KUKU JARI...!!

Semoga Bermanfa'at... 

Tuesday, 3 June 2014

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR TESTIMONY

Hari ni Wani nak share testimony Marine Essence Beauty Bar from clients & business partners. Clients dan business partners amat berpuas hati dengan sabun hijau ni kerana keberkesanannya. Wani dan family wani pun amat berpuas hati. 

Untuk hari ni sahaja Wani nak share 2 testimoni Marine Essence Beauty Bar ni.

Client ni ada allergy & kaki jadi gatal & berair. After pakai Marine Essence Beauty Bar after 1 week, dah hilang gatal-gatal tu. Malah parut tu makin pudar.

Ni from Ida, dari Kedah. Ida ada allergy seafood. Selalunya kalau lepas makan seafood jadi la macam gambar atas kanan. Ida kena makan ubat baru okay. Now after pakai Marine Essence Beauty Bar sebulan, kulit makin elok & biarpun tak berpantang seafood dah tak ada masalah gatal / allergy tu lagi.

Monday, 2 June 2014

TIPS BERGUNA UNTUK KESIHATAN




24 TIPS ASAS SERVIS KERETA

Info menarik :
Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel.. 
(WANITA TERUTAMANYA)


1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yang sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km 
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km 
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!
6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"
15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.
16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.
18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.


HI JUNE!

Sedar tak sedar kita semua sudah berada di pertengahan tahun. Rasa macam sekejap je kan. Apa-apa pun, wani doakan uolss semua gembira disamping yang tersayang. Begitu juga dengan diri Wani. Semoga bulan ini memberi kenangan yang terindah dan tak dapat dilupakan untuk diri Wani...