Showing posts with label waniameenhappy. Show all posts
Showing posts with label waniameenhappy. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

HELLO NOVEMBER


Assalamualaikum!

Tak sangkakan dah masuk bulan November. Sekejap je rasa kan! Alhamdulillah kerana kita masih bernafas di muka bumi ini. Tinggal lagi 2 bulan je lagi kita nak masuk tahun 2015. Masuk je tahun 2015, semua mesti nak ada azam baru kan. Azam tahun 2014 dah settle ke belum? Alhamdulillah... Banyak juga azam Wani yang terlaksana untuk tahun 2014. Saki bakinya, Insha Allah akan diusahakan secepat mungkin. :D

Wani juga doakan moga November ini akan memberikan sinar yang lebih kepada Wani sekeluarga dan juga rakan-rakan bloggers semua. Tak dapat disangkal lagi, bulan November ini memberi banyak good news untuk Wani. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Moga Wani dapat bantu lebih banyak orang diluar sana. Moga menjadi anak dan isteri yang solehah. 

Ameen...



Wednesday, 1 October 2014

HELLO OCTOBER

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan bloggers dan juga pembaca setia!

Pejam celik-pejam celik tak sangka kita dah sampai di bulan Oktober. Rasa sekejap sangat kan! Rasa macam baru semalam je kita sambut new year. Waktu sekarang memang tak sama macam waktu yang dahulu. Masa dahulu terlalu panjang jika nak dibandingkan dengan masa sekarang. Kan!

Dalam masa tiga bulan sahaja lagi kita nak sambut tahun 2015. Sudahkah kita mencapai apa yang kita impikan pada tahun 2014? Jika belum, cepat-cepatlah kita laksanakannya supaya kita tidak ketinggalan jauh oleh kawan-kawan kita yang lain!

Jom pasang niat untuk mencapai apa yang diimpikan oleh kita pada tahun ini. Mudah-mudahan kita berjaya bersama-sama dan berbahagia disamping keluarga yang tercinta. Ameen...