Wednesday, 1 October 2014

HELLO OCTOBER

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan bloggers dan juga pembaca setia!

Pejam celik-pejam celik tak sangka kita dah sampai di bulan Oktober. Rasa sekejap sangat kan! Rasa macam baru semalam je kita sambut new year. Waktu sekarang memang tak sama macam waktu yang dahulu. Masa dahulu terlalu panjang jika nak dibandingkan dengan masa sekarang. Kan!

Dalam masa tiga bulan sahaja lagi kita nak sambut tahun 2015. Sudahkah kita mencapai apa yang kita impikan pada tahun 2014? Jika belum, cepat-cepatlah kita laksanakannya supaya kita tidak ketinggalan jauh oleh kawan-kawan kita yang lain!

Jom pasang niat untuk mencapai apa yang diimpikan oleh kita pada tahun ini. Mudah-mudahan kita berjaya bersama-sama dan berbahagia disamping keluarga yang tercinta. Ameen...


No comments:

Post a Comment