Assalamualaikum dan selamat malam buat semua readers yang Wani sayangi... Dah lama kan Wani tak update blog... Dah bersawang blog kite ni 😂
Sebenarnya dah 5 tahun blog ni sepi tanpa new update. Bukan kerana hilang minat... tetapi kerana Wani tak punya masa untuk update dan memandangkan Wani lebih fokus pada social media yang lain seperti Tiktok, FB dan IG dan Wani juga sedang membina sesuatu dalam diam.
Alhamdulillah, hari ni Wani kembali.
Bukan sekadar untuk menulis... Tetapi untuk memperkenalkan versi baru diri Wani. Wani kini secara rasmi bergelar Thera Expert 🎉🎊
Perjalanan ini bukan sehari dua. Ia penuh dengan proses,pembelajaran, pengalaman, dan juga jatuh sebagai seorang usahawan yang work from home 😀
Doakan Wani ye semua...
