Sementara school holiday masih berbaki ni, Wani nak share 5 tips penting kalau-kalau hampa nak bercuti kat Penang.
Penang ni antara salah satu negeri yang menjadi tarikan para pelancong asing. Kerana Penang dikelilingi dengan pantai dan laut. Yang paling famous dikalangan pelancong, Miami Beach, Monkey Beach, Pantai Kilat dan juga Pantai Kerachut.
Kesemua pantai diatas ni terletaknya di Batu Feringghi dan juga di Teluk Bahang. Dari Pengkalan Weld atau lebih dikenali sebagai Terminal Ferry, mengambil masa 35 minit ke 50 minit saja tempoh perjalanan. Itupun bergantung kepada kesesakan lalu lintas.
So, di kesempatan yang ada ni, Wani nak kongsikan dengan hampa yang dah plan nak bercuti di Penang, ataupun masih bertimbang tara, boleh je baca tips yang Wani kongsikan dibawah.
5 TIPS PENTING BERCUTI DI PENANG
1. Buat homework untuk tahu tempat-tempat menarik dalam Penang.
2. Rancang perjalanan untuk elak kesesakan lalu lintas.
3. Pilih tempat penginapan yang strategik.
4. Peka dan faham jalan-jalan di sekitar Penang. Untuk elak masuk salah jalan sebab banyak jalan sehala.
5. Kenali jenis-jenis pengangkutan awam. Tak semua pengangkutan awam ikut satu jalan sahaja.
Done share 5 tips untuk korang semua. Dan Selamat Datang Ke Penang bagi korang yang nak bercuti di Penang.
See ya...
No comments:
Post a Comment