Saturday, 12 August 2017

RESEPI CUCUR IKAN BILIS BAWANG MUDAH

Assalamualaikum... Selamat malam semua. 2-3 hari lepas  wani teringin sangat nak makan cucur ikan bilis bawang. So, cari punya cari wani jumpa la resepi di 1 blog atas nama Azie Kitchen. 

Resepi dari kak Azie ni selalu tau wani cuba tak kisah la nak buat apa pun. So, wani try pula resepi cucur bilis bawang tetapi di olah sedikit oleh Wani. Wani pun taknak berceloteh panjang, jom zasss tengok bahan-bahan yang digunakan oleh wani.

Bahan-Bahan Pembikinan Cucur

  • +- Setengah peket tepung gandum (Wani guna jenama Faiza)
  • Segenggam ikan bilis (belah 2 jika besar)
  • 4 biji bawang Besar (potong dadu)
  • 1 sudu kecil mauripan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya
  • Air panas mendidih secukupnya

Cara Penyediaan
  1. Bancuh mauripan dan gula dengan sedikit air panas. Biarkan ia mengembang.
  2. Satukan semua bahan yang lain di dalam 1 bekas kemudian gaul rata.
  3. Apabila mauripan mengembang, campurkan kedalam adunan tadi, kemudian tuang air panas sedikit demi sedikit sehinggalah adunan bahan tadi menjadi rata atau mengikut kelikatan yang kita nak. Wani bancuh pekat-pekat tau... bukan cair. lepas tu biarkan selama 15-20 minit supaya adunan mengembang.
  4. Panaskan minyak didalam kuali, dan gorengkan adunan yang dibulat-bulatkan dengan api sederhana sehingga menjadi kuning keemasan.
  5. Kemudian boleh angkat dan toskan minyak untuk beberapa ketika. Cucur ini juga sesuai dihidangkan bersama sos cili, mayonis atau kuah kacang. Memang surr tau!
  6. Siap untuk dihidangkan dan uolss tunggu apa lagi? Ngap je la tapi jangan lupa baca doa makan dulu tau. Hihihi...
Tadaa.. Ni lah cucur yang wani buat tu.
Wani ni tak mahir sangat buat cucur. Tapi,
Bila nak makan sendiri-sendiri tu boleh la.
Hihihi
Kelmarin tu wani makan cucur yang wani buat dengan di sulami air kopi viral min kaffe. Memang heaven sangat. Sedap bak hang... Bak kata orang Penang.

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah... Dah try nanti gitau2 la... sedap ke tak๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Delete