Assalamualaikum dan selamat petang semua rakan bloggers. Dah lama kan Wani tak update apa-apa di blog ni.. Maaf lah ye sebab masa amat mencemburui Wani. Insha Allah, Wani janji lepas ni tiap-tiap minggu Wani akan update blog wani.
Hari ni Wani nak share resepi yang Wani masak sendiri untuk husband dan dua orang adik lelaki Wani. Resepi Wani today adalah Gulai Ayam versi Wani Ameen.
Wani taknak type panjang-panjang, nanti uolss jemu membaca pulak. Jom zasss terus ke bahan-bahan utama dan cara memasakkannya.
Bahan-bahan :
TUMIS :
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih di ketuk
2 biji bawang besar potong bulat atau kisar
1 inci halia
1 batang kayu manis sederhana
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
Bahan lain :
1 ekor ayam potong kecil (Wani ambil yang potong 16)
2 keping asam keping
8 sudu besar rempah kari daging (Wani guna rempah faiza)
1-2 peket santan (seringgit 1 pek)
2 biji ubi dipotong ikut suka
Garam, gula, dan ajinomoto secukup rasa
Air ikut banyak yang uolss nak
Cara-caranya :
Masukkan minyak tadi dan panaskannya.
Kemudian masukkan bahan untuk ditumis.
Biarkan sehingga naik bau bahan-bahan yang ditumis tu.
Kemudian masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan ubi dan biar sehingga separuh empuk.
Masukkan garam, gula dan ajinomoto dan asam keping.
Masukkan ayam dan biarkan ayam hampir masak.
Akhir sekali masukkan santan dan biar mendidih seketika.
Selepas beberapa ketika, terus tutup api agar santan tersebut tidak pecah minyak.
Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA...

Biasa-biasa je. Maklum la kali pertama buat |
Amat sedap digandingkan dengan roti sorai atau juga dipanggil roti jala. Ditambah dengan secawan min kaffe, lagi menambah selera uolss. MIL lalu tepi pun x perasan tau. Hehehe |
No comments:
Post a Comment