Wednesday, 18 February 2015

WHY I NEED MORE BUSINESS PARTNER?

Assalamualaikum dan selamat pagi readers!

Apa maksud tajuk entri kali ni? Kenapa perlu lebih banyak business partner? Mesti awak-awak di luar sana tu tertanya-tanya kan!

Why Wani perlukan lebih banyak business partner? Jual PB je pun? Jual je la? Kenapa buat networking?

OK.. Biar wani jelaskan kenape wani perlukan business partner. Let say kenapa Old Town White Coffee buka cawangan? KFC, McD dan Starbuck banyak cawangan dan setiap negeri tu mesti ada lebih dari 2 cawangan. Kenapa? Lain cawangan, lain syarikat yang manage!

**Macam mana nak tahu syarikat lain? Cuba uolss tengok di resit setiap kali membuat pembelian di KFC, McD mesti ada nama company tu. Itulah yang dikatakan Franchise Marketing atau Networking.

Sebenarnya Networking dalam pemasaran amatlah penting untuk memenuhi permintaan market. Kita ambil KFC sebagai contoh. Katakan KFC hanya ada di Penang, so macam mana orang yang diluar dari Penang nak makan KFC? Semua kena datang Penang ke baru boleh makan KFC? Susah la kalau macam tu! Atas sebab inilah, francise ini diwujudkan dan memenuhi pasaran dunia. 

Begitu juga dengan PREMIUM BEAUTIFUL BUSINESS ni... Tak kisah, tak peduli apa orang cakap, demand Premium Beautiful Corset tersangat-sangat tinggi. Even doctors also suggested their patient to wear this amazing corset!! Once you dah try, confirm you takkan berpaling lagi. Tahap KESELESAAN PB ni amat jauh beza berbanding yang berada di pasaran.

So, Wani memang asal penang, menetap di penang dan kahwin pun dengan anak jati penang. Bila Wani dapat customer-customer yang diluar kawasan tu, rasa susah sangat nak communicate dan entertain dia orang sebab jauh. Takkan customer ada sorang di Johor, Wani kena turun Johor semata-mata nak ukur PB? Betul tak? Di situ business partners atau networking yang akan memainkan peranan dia orang!! Mudahnya rasa!!

Yes! Panggil lah apa pun yang berkaitan leader-partners tetapi inilah perniagaan anda sendiri. Tak perlu malu untuk MAJU. Leader hanya tunjuk dan ajar macam mana nak handle business ni especially GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA yang buat thru online je. Mudah sangat!! Kita tackle market melalui FB, BLOG dan INSTAGRAM and etc...

Inilah yang dinamakan TEAMWORK. Bukan Wani cari business partner untuk kaut bonus besar untuk Wani sorang je malah Wani nak team wani pun dapat bonus besar dari syarikat. Memang Wani akan dapat sedikit komisen dari syarikat tapi tak bermakna bila wani tak buat kerja atau tak didik anak buah wani, even ada 50 orang business partners sekalipun tapi wani fail dalam train dia orang semua, wani takkan kemana-mana juga. Contohnya HANIS HAIZI, makin lama, makin ramai leaders yang beliau dah lahirkan. Semua dah dapat bonus 5 ke 6 angka sama macam beliau.

Hanis Haizi bersama pasangan Razali Zain yang juga merupakan Founder of Green Leaders Academy Malaysia (GLAM)

So, entry ni just to make it clear apa itu Franchise Marketing atau Networking. It is not a type of Pyramids Business. Kalau pyramids business, uolss hanya akan nampak leaders time big event je. Time class, time jumpa customers, time kita rasa down... dia orang hilang. 

Wani dah experienced semua tu tetapi yong and kak eija banyak membantu wani sejak dari mula hinggalah sekarang ni. Dari zero sampailah sekarang ni!! Tak pernah wani rasa diabaikan oleh mereka berdua ni.

Wani bersama yong atau nama betulnya ialah Nurul Ain Zulkarnaind. Ni ketika kelas minggu sudah.

Ni adalah kak eija atau nama sebenarnya Shaliza Aziz bersama pasangan beliau ketika meraikan kejayaan beliau. Beliau merupakan Founder of The Diamond Circle
Dengan buka franchise marketing, kita bukan sahaja melebarkan sayap perniagaan sendiri tetapi membuka jalan, peluang kepada orang lain untuk menikmati peluang dan kejayaan yang sama.

KEJAYAAN ADALAH LEBIH INDAH DAN MANIS JIKA DI NIKMATI BERSAMA-SAMA...

Kenapa Premium Beautiful Business?
  1. Outstanding Products
  2. Brand Name Recognition
  3. Hands-On Training
  4. 20years above in Market
Lets make money and have fun in the process!!

Bill Gates quotes
Robert Kiyosaki Mindset

Robert Kiyosaki Mindset
Jangan bimbang, jangan ragu-ragu untuk membuat langkah pertama anda hari ni!!


Love,
Wani Ameen
014-7424304 (wechat @ whatsapp)
princessnur870527@gmail.com
Top Agent Premium Beautiful | Utara

Tuesday, 13 January 2015

PIZZA TELUR MUDAH

My breakfast. Makan pukul 11 pagi tadi. Baru sekarang sempat post. Pizza Telur.

Bahan-bahannya (3-4orang):

-4 biji telur ayam.

-seketul dada ayam di hiris nipis-nipis.

-1/2 biji bawang besar dipotong bulat.
-4-8 tangkai cili padi dipotong kecil.
-2-3 keping kobis dicincang halus.
-Mozarella Cheese.
-Garam secukup rasa(wani guna garam buluh masakan ye)


Cara-caranya:

1.Sediakan bahan diatas.

2.Pecahkan semua telur di dalam mangkuk. Masukkan #garambuluhmasakan sedikit dan pukul telur hingga sebati.

3.Panaskan nonstick pan. Masukkan sedikit sahaja minyak zaitun.
4.Bila nonstick pan dah panas, masukkan telur yang dipukul tadi. Kemudian cepat2 masukkan hirisan ayam, bawang, cili padi dan kobis. Kemudian tutup pan dengan penutup dia kuali. 
5.Selepas 8-15 minit buka penutup dan pastikan tengah telur itu masak.
6. Letakkan didalam pinggan kemudian tabur mozarella cheese tadi. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.



Thursday, 1 January 2015

HELLO JANUARY 2015


Alhamdulillah, hari ni kita telah masuk ke tahun baru 2015. Banyak kenangan-kenangan pahit manis yang telah kita lalui di tahun 2014 masih lagi segar di ingatan. Semoga 2015 ini memberi 1001 makna dalam kehidupan. Memberi keajaiban kepada manusia tak kira bangsa.

Ameen, Ya Rabbal A'lamin...


MOGA 2015 MEMBERI SINAR BARU

2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...

Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...

Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...

Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...

Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...

Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengingatiMU ...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...

2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...

Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501... Kini sudah terjawab... 
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...