My breakfast. Makan pukul 11 pagi tadi. Baru sekarang sempat post. Pizza Telur.
Bahan-bahannya (3-4orang):
-4 biji telur ayam.
-seketul dada ayam di hiris nipis-nipis.
-1/2 biji bawang besar dipotong bulat.
-4-8 tangkai cili padi dipotong kecil.
-2-3 keping kobis dicincang halus.
-Mozarella Cheese.
-Garam secukup rasa(wani guna garam buluh masakan ye)
Cara-caranya:
1.Sediakan bahan diatas.
2.Pecahkan semua telur di dalam mangkuk. Masukkan #garambuluhmasakan sedikit dan pukul telur hingga sebati.
3.Panaskan nonstick pan. Masukkan sedikit sahaja minyak zaitun.
4.Bila nonstick pan dah panas, masukkan telur yang dipukul tadi. Kemudian cepat2 masukkan hirisan ayam, bawang, cili padi dan kobis. Kemudian tutup pan dengan penutup dia kuali.
5.Selepas 8-15 minit buka penutup dan pastikan tengah telur itu masak.
No comments:
Post a Comment