Friday 10 July 2020

AKIBAT SALAH PILIH COLI @ BRA

Nampak macam perkara biasa kan. Macam simple je bab pemilihan coli ni. Tapi, if salah pilih, boleh memudaratkan diri hampa sendiri tau. Ni bukan Wani yang kata, ni adalah fakta dari kajian saintifik. Kalau hampa percaya, bagus untuk diri hampa sendiri, kalau tak percaya, sila gugel sendiri. Hihihi

Sini Wani sharekan kat hampa akibat salah pilih coli.

1. Dada jatuh, kendur dan lendur.

Muda-muda dada dah jatuh? Kau rase? Mesti hampa dapat bayangkan macam mana feels dada jatuh. Keyakinan terus hilangkan. Ni akibatnya dari cup coli yang kecil dan tak dapat menampung 'Miss B' hampa.

2. Kulit meninggalkan kesan tali

Hihihi... Sakit je rasa. Pedih kot. Badan berbekas-bekas pula. Adoiiii!

Ini kerana bra yang hampa pakai tu, terlalu ketat untuk badan hampa. Ni mesti kes main sambaq ja kan. Tak ukur terlebih dahulu.

3. Cup coli tidak cukup ketat ke dada dan tali terlalu longgar.

Hampa kena tukar bra yang sesuai dengan badan. Kalau tak, jenuh la sekejap-sekejap nak betulkan kedudukan coli dan tali. Karang orang sekeliling tengok pulak tengah buat ape tu. Malu weiii!

4. Tidak tahu memilih coli secara tepat.

Ni yang paling penting tau hampa. Bukan besa-besa je. Salah pilih, merana diri sendiri. 

Luangkan masa hampa untuk pergi ke kedai pakaian kegemaran anda dan tanya pakar perunding untuk mendapatkan bantuan. Dia akan memberitahu anda saiz dan jenis coli yang sesuai dengan hampa. 

Wani pun boleh bantu hampa tau. Mai kita ukur tengok  size coli anda sekarang adalah size coli yang tepat atau tidak. Wani boleh bantu check size hampa yang terkini. Free consultation je. Usah risau tau hampa. 

5. Memakai satu coli dalam tempoh yang agak lama.

Hampa tau dak yang hampa perlu gantikan coli setiap 4-6 bulan tempoh pemakaian? Ye, perlu ganti!

Bila pakai coli dalam tempoh yang lama, coli tidak akan dapat memberi keselesaan seperti ruam pada kulit dan gatal-gatal kerana material kain coli itu sendiri. Tali coli juga akan berkedut, besi cup juga akan bengkok dari kebiasaan.

Takkan nak tunggu coli dah rabak baru nak gantikan. By the time, hampa dah boleh start shopping coli yang baru okeh. Hihihi

Sekiranya hampa mempunyai tanda-tanda di atas, sudah tiba masanya untuk hampa mengemas drawer pakaian dalam hampa sekarang. Dah boleh start shopping kan? Hihihi

Haaa. Dah habis ke tu hampa?

Moga bermanfaat untuk kita semua yang bergelar WANITA.

Thank You tau hampa semua❤

No comments:

Post a Comment