Wednesday, 11 April 2018

7 KESAN PAKAI KORSET YANG TIDAK BERKUALITI

Assalamualaikum... Selamat Malam korang semua. Dah tido ke? Bagus lah kalau begitu. Entry Wani kali ni best tau. tapi kalau korang tengah tido tu, tido je. Esok korang boleh baca entry Wani awal pagi.

Kalau korang rasa seperti point dibawah ni, cepat-cepatlah bertukar dari korset biasa kepada korset yang berkualiti. Ini untuk kebaikan korang juga.

Jom kita... Zasss.

1) Sakit Tulang Belakang - Terdapat segelintir client pernah mengadu sakit tulang belakang selepas beberapa bulan memakai korset yang tidak berkualiti. Kebanyakan korset yang dipakai hanya fokus kepada "slimming" dan bukannya kesihatan. So hati-hati ya.

2) Girdle Bergulung - Ini adalah perbezaan yang paling ketara antara korset yang berkualiti dan tidak berkualiti. Material kainnya tidak melekat pada pinggang dan peha dan boleh bergulung selepas beberapa minit menyarung girdle. Bila girdle bergulung, kita akan menjadi sangat-sangat tidak selesa.


3) Sesak Nafas - Terdapat sesetengah korset yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan malah bentuk badan orang Asia juga berbeza dengan orang US tambahan pula korset sememangnya berasal dari US. Apabila tidak sesuai, menyebabkan kesempitan di ruang dada dan boleh menyebabkan sesak nafas. Bahaya sangat-sangat.


4) Getah Meregang - Bila beli korset, kita mesti inginkan korset yang memegang badan kita dengan kemas. Apabila beli korset yang tidak berkualiti, korset ini lama-kelamaan akan longgar dan akhirnya korset yang mengikut bentuk badan anda bukannya badan anda mengikut bentuk korset.

5) Panas - Kain yang tidak berkualiti memang boleh menyebabkan panas dan akhirnya timbul ruam di permukaan kulit. Mungkin setakat satu dua kali pakai rasa semangat, tapi lama-lama akan "give-up". 

6) Tidak Mesra Tandas - Ini adalah persoalan yang selalu ditanya sebelum beli korset. Kekadang ada yang terkencing terus kerana sukar untuk membukanya.

7) Cepat Rosak - Korset yang murah dan tidak berkualiti tidak ada jaminan jika berlaku kerosakan. Kekadang pin cepat tertanggal, kain koyak, tulang besi terkeluar dari kain dan akhirnya di campak ke tong sampah. Membazir duit je.

Fikir sebelum beli korset yang tidak berkualiti. Moga perkongsian Wani ini bermanfaat untuk korang semua.

Nak beli Premium Beautiful? Mai contact Wani ye. Wani akan guide korang dari A hingga Z dan juga pemantauan 3 bulan pertama dengan percuma.


No comments:

Post a Comment