Thursday, 28 December 2017

DIAMOND NIGHT 2017 & UNITY MEETING PART 1

Cerita Sabtu lepas.
23 December 2017.


Pagi sabtu, awal-awal pagi lagi Wani minta abah hantarkan Wani ke Terminal Bas Sungai Nibong untuk memulakan perjalanan Wani ke KL bagi meraikan rakan-rakan TheDiamondCircle yang terima award dari SHOM pada Diamond Night hari itu dan keesokkannya Wani ade Unity Town Hall Meeting.
Pukul 8 pagi dalam bas. Time ni
tunggu nak tido je. Hahaha

Dalam bas, Wani dapat tempat duduk belakang sekali dan Wani juga merupakan orang terakhir beli tiket untuk bas itu. Hehehe.. Bas bergerak menuju ke Butterworth untuk pick up penumpang dari sana. Dan apabila penumpang sebelah Wani mengambil tempat duduk, barulah Wani dapat menarik nafas kelegaan kerana penumpang sebelah adalah seorang wanita.

Fuhh... Lega rasanya. Orangnya kecik molek dan manis gitu. Sempat juga kami berdua berkenalan dan saling bertukar-tukar FB. Katanya ke KL untuk wedding kawan beliau masa study. Wani juga bertanya pada kawan baru di mana wani sepatutnya tunggu bila sampai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Maklum la pertama kali sampai di TBS.

Alhamdulillah... Akhirnya Wani sempat sampai ke hotel untuk bersihkan diri dan solat di hotel terlebih dahulu dengan bantuan Public Transport yang dipanggil Grab Car (my first time naik grab tau).

Benarlah kata pepatah melayu, malu bertanya sesat jalan. Begitu juga dalam pekerjaan kita seharian, bekerja makan gaji ataupun berbusiness. Mesti ade perkara-perkara baru yang akan kita bakal tempuhi.

Dan pesanan Wani kepada anak-anak didik Wani dan bakal menjadi anak didik wani, jangan malu bertanya ye. Wani makan nasi... Wani tak makan orang tau. Hehehe...

Nantikan sambungannya...

No comments:

Post a Comment