Saturday, 12 November 2016

RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUDAH

Ni wani sertakan resepi kek chocolate kukus mudah. Nanti uolss boleh la cuba buat untuk dimakan bersama keluarga tersayang nanti. Resepinya amat mudah dan menjimatkan masa.



KEK COKLAT KUKUS (1 Adunan)

Bahan-bahan kek A :

2 cawan tepung blue key 

1 cawan gula 
1 cawan susu pekat manis 
1 cawan milo 
1 cawan serbuk koko van houten 
4 biji telur ayam 
1 cawan minyak masak 
1 cawan air panas


Bahan kek B :

Chocolate chip (optional)

Cara membuatnya : 

1. Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu. 
2. Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar... 3. Kacau dengan sudip besar sampai adunan sebati (jangan guna mixer, nanti telebih naik, tak jadi)
4. Tapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantek. 
5. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu butter @ minyak dan ditabur tepung.
6. Tabur chocolate chip. Sebab benda ni dah ada dirumah, so wani gunakan je la. Kalau tak ade pun, xpe... Tak menjadi masalah
7. Kukus selama 45 minit ke 1 jam. .


Topping

- 1 cwn susu pekat
- 4 sdb serbuk koko
- 4 sdb mentega
- Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
- masukkan mentega - tutup api
- Terus tuang atas kek yang sudah sejuk atau suam2 suku
- lepas dah letak topping, taburkan chocolate chip lagi macam dlm gambar dibawah ni... Hehehe .

SELAMAT MENCUBA. Semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. 

Ameen...
Bahan-bahan yang diperlukan
Kek selepas di kukus

After letak topping. Nyums....

Close-up. Tengok pun dah tergugat. Kalau makan memang
melting dalam mulut

Ni Wani punya. Wani memang
suka topping banyak

Ni cupcake untuk anak buah. Ambil masa
15-25 minit utk masak

Nampak tak tangan sapa tu?
Tangan anak buah yang paling nakal.
heheh

Close-up untuk kek tanpa topping.
Makan gini pun dah sedap.

No comments:

Post a Comment