Monday, 4 August 2014

MANFAAT PUASA ENAM

Assalamualaikum sayang-sayang semua.

Entri Wani untuk hari ini ialah manfaat Puasa Enam.

Ye, puasa enam hari di bulan syawal atau singkatannya dipanggil posa nam.

Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dan kemudiannya diikuti selama enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama seperti dengan berpuasa untuk satu tahun (Hadis Riwayat Muslim).


Itulah salah satu manfaat Puasa Enam hari di bulan Syawal. Manfaat ini termasuk puasa sunat. Rasulullah saw sangat menggalakkannya sehinggalah di dalam hadith menyebutkan ganjaran pahalanya sama seperti puasa selama setahun. Banyakkan? So, kita semua jangan lupa ya untuk puasa enam. Rugi siapa yang tak buat. Takkan la 30 syawal tu, hari-hari ade open house kan!

Disini wani sertakan niat puasa enam : 


Selamat Beramal...

Sunday, 3 August 2014

PERLIS, TUNGGU AKU!!

Hai readers!

Hehe Perlis, tunggu aku? Maksudnya Wani balik beraya dikampung masa raya kedua hari tu... Kampung sebelah abah wani la. Kami bertolak awal lebih kurang 8 lebih camtu, tapi sampai Perlis lambat juga la... Selalunya 2 jam perjalanan je dari Penang. 

Kenapa kite orang sampai lambat? Hujan lebat di highway tambah dengan kesesakkan lalu lintas. Bukan kemalangan ape-ape pun... Maybe sebab hujan lebat, dia orang semua memperlahankan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan kecelakaan jalan raya. Alhamdulillah, kami pun selamat sampai di perlis lebih kurang jam 12 tengahari.

Tema Biru Raya Kedua.

Friday, 1 August 2014

SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum dan selamat pagi readers...

Baru lima hari kita menyambut syawal, hope wani tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada blogger-blogger di luar sana. Mesti uolss semua beraye dengan meriah kan? Baju-baju pun mesti meletops kan? Vogue De Vass katakan... 

Ni gambar masa hari raya pertama. Wani mengenakan Jubah Abaya yang di import dari Arab Saudi. Bukan beli di butik-butik dalam Malaysia ye. Hehehe... Sebenarnya, isteri kepada adik bongsu Wani kerja di jeddah. Jadi stewardess Saudi Airlines, so Wani terus je pesan kat dia. Senang kan... Dan dia pun tahu citarasa Wani. 

Wani dan Mr. Husband bergambar dengan menggunakan monopod.
Hahaha... First time guna monopod.

Inilah family Wani.. Gambar ni mase first raya. Cuma seorang je takde dalam
gambar ni. Adik ipar yang keja di Jeddah tu la... Dia tak dapat cuti.

Setakat ni saja entry wani kali ni. Sebab semua masih mood raya lagi kan. Banyak open house nak pergi. Disini wani juga menyusun sepuluh jari andai tersalah dan terkasar bahasa dalam entri-entri wani. Semoga dimaafkan ye semua... Selamat Hari Raya lagi sekali dari wani sekeluarga.