Tuesday, 18 February 2020

JANGAN PUTUS ASA


Kegagalan itu cara Allah S.W.T. mengatakan :

"BERSABARLAH", AKU MEMILIKI SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK MU.

Janganlah engkau mengeluh dan janganlah engkau berputus asa. Pasti akan ada sinar dihari yang mendatang.

Ayuh, semangat pagi ni.

Monday, 17 February 2020

TIPS SENANG HATI, HATI TENANG


1. Hindarkan diri dari orang berfikiran negative.

2. Banyakkan zikrullah.

3. Banyakkan membaca Al-Quran/Buku Motivasi.

4. Solat awal waktu.

5. Amalkan solat-solat sunat seperti solat tahajud, solat taubat di sepertiga malam.

6. Jadi diri sendiri. Pedulikan mulut orang.

Selamat Beramal.

Saturday, 18 January 2020

5 HABIT ORANG SUPER SUKSES


1. Bangun Awal
2. Membaca Al-Quran
3. Utamakan Kesihatan
4. Focus Dalam Sesuatu Pekerjaan
5. Buat Yang Terbaik, Jadi Yang Terbaik

Wednesday, 8 January 2020

RESEPI BAHAGIA


Orang yang bahagia itu :

Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah. 

Menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.

Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.

Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.

Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat selalu muda remaja.

Menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.