Friday, 29 July 2016

CERITA RAYA SAYA

Assalamualaikum... Selamat petang sahabat-sahabat blogger wani yang di kasihi...

Masih belum terlambat rasanya untuk Wani ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan blogger dan juga sahabat handai Wani... Wani juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf atas kesilapan atau keterlanjuran Wani sebelum-sebelum ni ye... Maklum la raya kan sebulan!


Raya kali ni hanya simple-simple je... Dari Shawl, Dress  semua Wani buat sendiri hasil kain Dull Satin yang mama wani hadiahkan pada Wani. Wani memilih warna Emerald Green/Hijau Zamrud tapi takde la sama sangat warna tu. Tapi tetap nak panggil emerald green. Nak jadi #teamhijau katakan... Hahaha

Niqab : Niqab 2 Layer from Saudia
Shawl : Long Shawl by #WaniAmeenHijab
Dress : Dress @ Jubah Customemade #bywaniameen
Handbag : Bonita
Kasut : Clark Boots
Not forget my favorite companion : Premium Beautiful Corset

Jubah atau dipanggil dress sebab wani buat potongan dress yang
dipakai pada pagi raya... Wrap bahagian atas tu pun wani jahit
sendiri tau!

Last minit pi cari kain untuk buat shawl
di kamdar bukit jambul, sebab takde warna yang
sesuai untuk dipakai dengan dress tu. Malam raya,
sempat buat detailing biasa. Yang mahal tu dekat WA...
Memang selesa sangat pakai long shawl yang wani buat sebab panjang shawl tu 2 meter. Dan bila lilit, still dapat labuh depan belakang. Wani guna Heavy Material Chiffon tau! Sedap dan tak panas bila pakai!

Ok, berbalik pada cerita pagi raya, Wani serta family memohon maaf sesama saudara kandung. Dan seterusnya sesi bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan... Jom tengok-tengok gambar raya kite orang.

My Dunia Akhirat... Mama dan abah.

Mama dan abah bergambar bersama cucu pertama mereka. Cucu yang banyak akal ni. Hehe

Kami semua. Kurang 2 orang adik bongsu wani dan wife dia

Adik perempuan Wani, Lin bersama suami dan anak2nya.

Adik Lin, Abduh dan anak2 bersama abah dan mama.

Wani bersama tulang belakang wani, Encik Suami, Muhamad Hazlam

Wani dan suami bergambar bersama abah dan mama

Adik wani yang belum berpunya, Aizat bergambar dengan Abah dan Mama.

Adik yang beraya di Kuala Lumpur bersama wife dia yang merupakan
stewardess Saudi Airlines, Hadi and Eja.
Lepas sesi bermaafan dan bergambar, terus wani dan suami ke rumah Pak Ngah di Teluk Kumbar untuk beraya dengan tok serta keluarga Pak Ngah Wani.

Sekian cerita raya wani untuk uolss.

No comments:

Post a Comment